Bicara Mata Rakaman Kanta Sentuhan Minda Azimat Jiwa
Jumaat, 11 Oktober 2013
Hari Raya Qurban
Berniaga dengan Mu diujarkan tiada kelihatan laba
Berjual beli dengan Mu didakwa tiada terbit selesa
Berurusan dengan Mu disangka usaha yang sia-sia
Tatkala...
Prinsip asas ekonomi adalah mentaati Mu
Baitullah Hak Mutlak yang tidak diperibadikan
Sehingga kiamat :
"dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan ibadat haji nescaya mereka akan bertamu ke rumah Allah dengan berjalan kaki, menungang berjenis unta yang kurus yang tibanya dari ceruk rantau yang jauh?"
Sehingga kiamat hamba-hamba yang muslim akan menziarahi 'rumah' Mu walau apa pun yang diniatkan ke atas mereka.
Eid Al-Adha
Menunggu Rindu
| Pusara aruah abah di Simpang Lima, Klang, Selangor. |
| Pusara uwanku di Lipat Kajang, Klang, Selangor. |
Walau lama selama tiga puluh hari bercuti,
Masih tidak sempat pusara mu ku ziarahi,
Begitukah suruhan Ilahi?
Bahawa anak perempuan itu hanya wajib pada suami dipatuhi?
Atau sukarkah membaca mata naluri dan emosi
Bahawa anakanda sangat gembira jika dapat membaca Al-Fatehah dan Ayatul Kursi
Di depan pusara mu walau pun hanya dengan berdiri.
Siapakah yang bertamu menziarahi mu wahai nenekandaku?
Sayu rawan hati mu sudah tidak lagi perlu
Pabila tiada lagi hijab yang mendinding ruh mu
Rindu mu berbeza dengan rindu ku
Cucunda mu masih menanti dan menunggu
Tatkala dikau telah 'menyaksi' kebenaran tanpa 'nafsu'
Barzah adalah alam yang membuatkan kita membisu.
Khamis, 26 September 2013
Kroni Syurga Tiada Yang Istimewa
![]() |
| Pernikahan Ahmad Muttaqin dengan Nor Aishah berlansung pada 10 Syawwal 1436 bersamaan 26 Julai 2015 |
Ya Rasullullah sallallah hu alaihiwassallam menantu mu mendapat firdaus di syurga dan dunia,
Bernikah dengan Fatimah binti Muhammad sallallah hu alaihiwassallam, pemimpin wanita di syurga,
Berputrakan Al-Hassan dan Al-Hussin pemimpin orang muda di syurga walau dikhianati di dunia,
Bermertuakan pemimpin ummat di akhirat setelah dinafikan di dunia,
Ingin juga kami memiliki kelebihan mu bukan 'keistimewaan' yang tidak memelihara dan terpeliharanya dosa.
Hutang Kroni Kerana Murah Hati?
| Pernikahan anakku Ahmad Muttaqin dengan Nur Aishah berlansung walimahnya pada 17 Syawwal 1436 bersamaan 2 Ogos 2015 di Kuala Lumpur, Malaysia. |
Memberi hadiah itu tanda pemurah hati?
Memberi konsesi tanda berkroni?
Tatkala Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam sedia menanggung hutang dek tiada harta untuk diberi.
Isnin, 8 Julai 2013
Marhaban Ramadhan 1434
Menyatu akidah berpadu fitrah bersatu kiblat menuju akhirat
Di manakah kita selepas kematian?
(Ramadhan ke 8 di Qatar)
Langgan:
Catatan (Atom)

