Ahad, 6 Mac 2016

Marah Yang Sering Bersebab



Apakah yang telah dikau lakukan sehingga terbetik khabar tentang 'tauhid tiga'?

Tegar siapakah yang telah menaburkan racun hingga 'tauhid tiga' memijarkan darah di dalam hati?

Beginikah jadinya bila Rukun Iman dan Rukun Islam diilmiahkan oleh penghayatan minda?

Perlukah diqiaskan apabila terang dan sahih dalilnya tentang beriman kepada Allah dengan keterangan tauhid rubbubiah, tauhid uluhiyyah dan tauhid Al-Asma' Wa Al-Sifat??????????



Apabila Guruku Bukan Mualaf.

Apabila kita muslim sejak lahir hasil pernikahan emak dan abah, ia adalah ibadah kedua emak dan abah.

Apabila kita diikat dengan syahadah yang ditiupkan oleh malaikat di dalam perut ibu,

Kalimah bahasa apakah yang menjadi muqaddimah yang memenuhi perut ibumu?

Lantas kerana itu usah dilupa pesan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam yang diriwayatkan oleh Ath -Thabarani bahawa 

" Bacalah Al-Quran serta menangislah. Andai kamu tidak mampu menangis, maka berpura-puralah yang kamu menangis." 

Apabila Kita Bukan Mualaf

Hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus yakni Islam.
Berbanggalah apabila dilahirkan oleh ke dua ibu bapa yang muslim,

Kerana kita menjadi pilihan untuk berfitrahkan akidah kerana pentauhidan kepada Allah Yang Maha Esa,

Berbanggalah apabila dilahiran oleh ke ibu bapa yang muslim,

Kerana taharah menjadikan kita bersih dan suci  oleh ijab qabul, kerana ada zauj, ada zaujah dan ada wali serta saksi setelah bersedia memberikan mas kahwin kerana rela.

Apabila Keimananku Bukan Diajar Oleh Mualaf.

Bersyukurkah bila dilahirkan sebagai seorang muslimah?

Apabila dilahirkan sebagai seorang muslimah, 

Tersedarkah iman itu diperteguhkan sewaktu di alam janin oleh fitrah?

Kerana janji kalimah syahadah itu tidak menjadikan kita majusi, tidak menjadikan kita nasrani, lalu apakah lagi yang masih mahu disanggah?

Erti Dilahirkan Sebagai Muslim

Erti muslim sejak dilahirkan.

Perlukah mencemuh bila yang muslim sejak lahir

Sememangnya tidak berguru dengan mualaf?

Perlukah dicemuh bila keimanan dari alam janin menzahir

Sememangnya kita tidak berguru dengan mualaf?

   

Sabtu, 12 Disember 2015

Agar Tiada Bersakit Hati

Rakaman Hanan Harith - Oman - 20/7/2011

Berjanjilah untuk tidak mengundang bahang perbuatan derhaka ke tanah air mu

Berusahalah menjauhi tanah permai mu dari pelaku-pelaku durjana

Bila dosa-dosa itu bagi menjauhi seksa kemurkaan Ar-Rabb mu

Kerana ada di antara pembuat dosa itu akan menjadi sumber bahan api di dalam neraka.

Usahlah Sering Meminta-Minta

Oman - 20/7/2011

Tanpa fros tiada yang beku dan tiada yang cair


Jauh dari lengkungan lingkaran Pasifik jauh juga dari lingkaran Mediterranean-Himalaya

Namun mengapakah yang dikau ingin adalah untuk hampir pada negara kuasa yang jauh?

Yang sering mencetus kejutan laluan gelombang pada kerak bumi yang mencair

Oleh ujian letupan nuklear yang tidak dihidu oleh satelite di angkasa

Kerana apa tanah-tanah yang hanyut kini ingin dikecuh riuh?


Apabila : Katakanlah apakah aku akan mengambil pelindung selain Allah yang menjaadikan langit dan bumi, pada hal Ar-Rabb mampu memberi makan dan tidak pula diberi makan?