Ahad, 30 Oktober 2011

Al-Quran Dan Pakaian


Pakaian adalah kemuliaan. Ini bukan pakaian 'halloween atau 'hantu'.






Di Manakah Rumahku? (Tatkala Kami Masih Belum Memiliki Rumah Di Malaysia)

Rumah yang disewa oleh allahyarham abah di Kampung Pandan, Kelang, Selangor yang berhampiran dengan Kolej Islam Kelang (KISAS) yang kini telah dirobohkan.

Ini adalah rumah dan tanah adat emak saya di Kampung Terentang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Disinilah emak saya dilahir dan dibesarkan juga tempat emak berkahwin dengan allahyarham abah saya.

Kini emak saya (Hajjah Nafsiah binti Salleh) tinggal di Pusat Pengajian Islam, Desa Taqwa di Jalan Balai Islam, Jeram, Selangor.

Rumah ini terletak dii Jalan Hijau, Taman Kampung Kuantan, Kelang, Selangor merupakan rumah pusaka kami adik beradik.
Rumah yang disewa oleh suami sebelum kami pulang ke Malaysia menjelang persaraannya, terletak di belakang Dar As-Salam Mall Abu Hamour berhampiran dengan masjid bersebelah perumahan Ezdan 8 yang masih di dalam pembinaan.


Pemilik rumah perlu menjadi perhiasan bagi rumahnya bukan rumahnya yang menjadi hiasan kepada pemiliknya. (cicero)

IHadiah

Kata Kekasih Allah SAW memberi nafkah kepada isteri kamu jauh lebih penting dari memberikannya sedekah.


Gambar hiasan yang dirakamkan sewaktu majlis khatam Al-Quran warga emas muslim di kediaman emak saya di Balai Dakwah Jeram,Selangor.


Tatkala Laman Chrome dan Wujud 'Games'

Blog ini dimulakan pada sekitar bulan Mac 2006. Ia milik seorang wanita melayu muslim yang telah berkahwin bernama Lelawati binti Mohd Ali dan mempunyai empat orang anak remaja yang telah dewasa. 

'thanaif' dan 'tejathanaif' yang sah.

Bersama emak dan anak-anak di Oman.

Saya biasanya menggunakan nama pena teja thanaif yang sering dieja tejathanaif @ thanaif.

Nama pena ini tidak ada kena mengena dan tidak mempunyai pertalian dengan individu atau mana-mana komuniti dari negara lain. 

Menjadi musykil di minda saya apabila masih wujud penetapan tetapan bahasa bagi bahasa hindi di dalam reka bentuk tetapan catatan yang sewajarnya hanya saya sahaja yang boleh mengubah menukar dan menetapkan serta meminda atau membatalkan mana-mana setting bagi laman peribadi ini. 

Nama pena ini diilhamkan oleh diri saya secara bersendrian tanpa bantuan atau sokongan serta tidak mendapat dokongan sesiapa ketika saat ia diusahakan pertama kalinya bagi memperkenalkan bahasa kebangsaan negara saya Malaysia, bahasa melayu yang kini dirasmikan sebagai bahasa malaysia. 

Saya berasa amat kecewa apabila ternyata catatan peribadi saya di microsoft word yang dialihkan dari notepad didapati telah dihilangkan oleh pihak yang masih mahu menjadikan kesemua catatan di microsoft word sebagai acara untuk membentuk segmen permainan siber di antara Sony dan X-box. 

Saya tidak bersetuju dan tidak membenarkan catatan peribadi ini dilakukan sekadar untuk mendapatkan idea bagi membentuk permainan interaktif di siber.


Nama-nama pena yang disahkan oleh google.