Jumaat, 15 Jun 2012

Bolehkah Gambar Bisu Bersuara?

Talian Eletrik (Brno - Republik Czech)
Terhubungkah benua kerana gelanggang, terhutangkah rakyat kepada negara saat kudrat itu menitikkah keluh tatkala ada yang awal terpejam mata bila,,, yang sarat menanggung beban lebih dari tujuh keturunan adalah dia?
  
Usah kerana kabel, hidup mu umpama daun kering ditiup angin di tengah padang...

Melarat kerana karat ....


Kabel siapa menjadi talian hayat kelian

Tatkala

Kabel kami hanya berdasarkan asas kemahiran kerana pengetahuan dan pengalaman.dengan sedikit pengetahuan.

Gambaran kabel dikatakan bertebat kertas yang disalut dalam plumbum, berperisai penebatan termoset, berisi minyak, bertekankan gas kerana kabelnya juga mineral, polimer, selain aluminium.

Di lapis mana penebatan kekebalan kabel Tuan dan Puan?
Tatkala kabel kami juga yang sering didakwa dikaliberkan oleh 'suapan'.


Tewas Di Luar Gelanggang

Pengangkut gelombang yang memerangkap frekuensi (Musandam-Oman)

Aduhai 'Canon' apakah etika mu terhadap 'Nikon' yang menjadi teman rasmi kami saat mereka mencemuh kononnya kami ini berbadikan kroni ...


Sejauh manakah benarnya 'setting' baru dan aplikasi baru dari perhubungan komunikasi multimedia dan telekomunikasi adalah kaedah bagi menghilangkan hak seseorang atas nama keberdayaan kreatif membebaskan emosi?

Tahun-tahun nestapa bermula dari '14 Febuari' apabila semangat berkasih sayang ialah berkongsi idea yang mengarah kepada melenyapkan peluang dan kesempatan bagi individu yang tidak berkeupayaan memperolehi kejayaan.

Selepas 'Smart Phone' apakah bagi kaedah yang baru upaya menghilangkan hak cipta atas nama perkongsian idea bagi penajaan projek dunia baru?

'How do i know you are chase for tender and project to be part of any cronies?'

Selasa, 5 Jun 2012

Pekerjaan



Banyak yang boleh di programkan oleh sebuah komputer untuk menyelesaikan dan memudahkan banyak perkara.

Namun bolehkah komputer memberikan pekerjaan?

Klik sahaja kita mendapat pendapatan.walau pun tanpa pekerjaan?

Bagaimanakah pula jika diakui komputer, Ipad, IPhone, 'Smart Phone' dan interaksinya juga menghilangkan peluang dan hak orang lain untuk berjaya?

Bagaimana pula jika diakui ianya juga upaya memutuskan hubungan kasih sayang malah menghilangkan kepercayaan?


Benarkah seribu pekerjaan boleh diwujudkan dengan bermimpi meski pun 'merampas' atas nama perkongsian.


LALU BOLEHKAH IKLAN SEPERTI INI DIPERAGAKAN?


ANDA DIALU-ALUKAN MENCURI HAK CIPTA DAN HARTA INTELEK di internet.


Penipuan dan pemanipulasian sains dan teknologi dilakukan oleh mereka yang berperadaban dan moden kemajuan zamannya. Memperolehi pendapatan dan pekerjaan melalui penganiyaan diterima sebagai proses pendidikan di zaman Melinium.


Bolehkah iklan seperti ini diperagakan?


On January 17 2012 di Fotolog.