Rabu, 28 Disember 2011

Microchip Juga Hamba?

Suara yang terang, jelas, dan tegas dari pembaca berita di TV Al-Jazeerah versi bahasa arab  ini menjadi alasan gambarnya dipaparkan di sini yang dirakamkan sewaktu beliau sedang membaca  berita di televisyen. (Jika ini menjadi kesalahan di dalam tempuh seminggu saya akan memadamkan gambar ini) - Gambar ini telah dikeluarkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk menyiarkannya. Pembacaberita ini bernama Cik Puan Khadijah bint Qanah.



Satelit sering mengirim pesan
Pesannya, pada gambar usah teruja
Pada rakaman usah berberahi nafsu
Pada adegan usah menjadi keliru
Pada bualan dialog usah merusuh jiwa
Semua itu jawatan yang bergaji bulanan.

Dari satelit terus diedar ke frekuensi menjadi temali
Kirimannya disambut oleh kanta tanpa lens
Microchip yang tertera merakam kiriman
Hingga duka melara oleh sengit saingan
Sehingga tercabar ‘mind make a sense?’
Kedu melayu dirinya berakhir menjadi kuli.

Ahad, 11 Disember 2011

Di Manakah Niat?


Alam tidak khianat.

            Haiwan mendapat nikmat.

                   Manusia perlukah berhasad?

                             Tatkala bersama mencari berkat?

Bagaimanakah Berkreativiti?



                                                                  Bagaimana memelihara kreativiti

                                                                                       andai

                                                                                 ia didominasi

                                                                           setelah dihayati inovasi

                                                                             tatkala berinspirasi
             
                                                                          sebelum menjadi realiti?

Sabtu, 3 Disember 2011

'Duta' Atau "Buta'?

Siapa 'duta' mu?

Saat daku tidak buta

Siapa 'duta mu?

Tatkala ramai yang berbuat jasa.


Saya tidak dapat mengesahkan kisah ini sahih atau hanya kisah sahabat-sahabat yang soleh.

Mengenai Ibnu Asakir yang bertanya rakannya Imam Abu Bakar As-Syibli tentang Penciptanya.


Apakah yang disuruh oleh Tuhan mu?
Imam Abu Bakar  As-Syibli menjawab Tuhannya menyuruhnya berdiri di sisiNya.


Bagaimanakah Tuhan mu mengampunkan dosamu?
Imam Abu Bakar As-Syibli  menjawab dengan amal soleh dan perbuatan baiknya.


Ibnu Asakir bertanya lagi bagaimanakah Tuhanmu mengampunkan dosamu?
Imam Abu Bakar As-Syibli menjawab dengan ikhlasnya beribadah.


Ibnu Asakir bertanya lagi bagaimanakah Tuhanmu mengampunkan dosamu?
Dengan haji, puasa serta solat juga dengan hijrahnya ke golongan solihin.


Ibnu Asakir bertanya lagi bagaimanakah Tuhanmu mengampunkan dosamu?
Dengan doa dan sangka baikku.


Imam Abu Bakar As-Syibli meminta Ibnu Asakir menjelaskannya.
Ujar Ibnu Asakir ingatkah dikau saat ketika sedang melalui lorong jalan di Kota Baghdad, dikau telah menemukan seekor kucing kecil yang lemah meringkuk kesejukkan di tepi tembuk menderita kerana cengkaman kesejukkan dinginnya salji?
Saat itu dikau pungut dia kerana dikau hiba melihatnya.
Dikau letakkannya di dalam begmu agar ia tidak kedinginan.


Ibnu Asakir membenarkan kata-kata rakannya.

Dengan sebab dikau menyayangi mereka yang lemah dan enggan dikau menganiaya ia Tuhanmu mengasihimu dan mengampuni dosamu.


Kehidupan wali dan kekasih Allah bilakah sedia mendapat teladan kita?




Pawagam Manusia Pelakonnya Manusia


Pawagam Manusia Pelakonnya Manusia

Setianya mengapakah pada mungkar dan noda?

Suami mu bukan pelakon utama di pawagam yang dikuncup bibirnya

Isteri mu bukan yang dada dan punggungnya dikau sentuh dek pura-pura cinta

Di luar pawagam dikau masih manusia yang bernama anak, suami, isteri manusia

Bagaimana bisa bertukar rasa etika dan rupa hingga menjadi 'tunasusila' aka gigolo pencuci nafsu 'celaka'?



Rakaman Sony Cybershot




Kuat burung kerana sayap kuat manusia kerana diberi nama.

Apakah benar nama yang disandingkan dengan baik budinya lebih berharga dari kekayaan yang terlimpah?

Sungguhnya kerana tidak bernama kita sedia menjadi aniaya hingga ada yang terfitnah?

Bentala Ku


Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Akidah itu tunjang buat akar ku berdiri, daku rebah saat tunjang ku bukan akar akidah.

Sabtu, 19 November 2011

Sukakan Gaharu Kerana Baunya Sukakan Guru Kerana Ilmunya



                                  Sukakan Gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.

                                           Kita menyukai sesuatu kerana ada faedahnya.


(Koleksi Terindah Peribahasa Melayu)

Membaca Atmosfera

Ahad, 13 November 2011

Rabu, 9 November 2011

Apabila Langit Menangis


Hujan turun dari langit.
Ini bukan hujan benihan di awan.
Hujan ini turun kerana ia Kuasa Tuhan.

Saat Kaabah Bertukar Kiswah.


Saat Kaabah bertukar kiswah
Daku yang  berasa tergugah
Saat tidak ia dibogelkan nurani siapakah yang berasa megah?





Rakaman dari siaran lansung televisyen Saudi Arabia Chanel 1 semasa jemaah haji ke Arafah untuk wukuf.

Jumaat, 4 November 2011

Jika Terlupa




Nota Tentang 'Saya' (di laman facebook tejathanaif@thanaif)
oleh Tejathanaif Thanaif pada pada 13hb Oktober 2011 pukul 11.27 pagi




I am Lelawati binti Mohd Ali which is the legal person to all my nick names  tejathanaif, thanaif, teja thanaif, tejathanaif thanaif, Laila Ali.


All my rights does not belong to any one. I am still alive and never dying yet. :) I AM STILL ALIVE - my Id number is 7----15 not 14 for the last digit number!!!!!




I do not have any relation with my eldest sister members family or any connection with my husband family members from Johor (except a relationship as a in law) 



I am not a UMNO members and i am not an active  Parti Islam members.




I am on my self doing what i have start on cyber as a free writer cyber.



I do create my nick names thanaif while i am in Qatar.



When it more to arabic names i use teja to perform my nick names more as a malay muslim lady.



Do respect my self as a legal person on my rights on all my nick names which does not belong to Kerajaan BN or Kerajaan Pakatan Rakyat in Malaysia.



I do not have any intention or willing to have any connection with any Sultan or Raja from any country.



As a blog writers on my wordpress blog, my blogspot. and multiply blog i never have been paid a cents even though i do realized my notes have been using.



My facebooks and twitters does not support me when i am trying to get an attention from my own family and friends to prove that i am Lelawati binti Mohd Ali which they do know me as a real person.


Geni.com have been cheated thanaif@tejathanaif when they do manipulate all my legal facts about my roots and anchestor. 


How come a small person like me have about 55,865,258 waris kerabat when thanaif IS NOT A SURNAME BUT IT A NAMA PENA to Lelawati binti Mohd Ali.





Respect my own choice on my self not as what any one want me to be.




I do use only bahasa melayu/bahasa malaysia on every blogs and do not translate it in any language because i do understand that all my blogs have an intellectual property rights even though i don't buy any domain name for thanaif and tejathanaif but it does not means i use my nick names as public domain.




I want my rights on my names.




Ahad, 30 Oktober 2011

Al-Quran Dan Pakaian


Pakaian adalah kemuliaan. Ini bukan pakaian 'halloween atau 'hantu'.






Di Manakah Rumahku? (Tatkala Kami Masih Belum Memiliki Rumah Di Malaysia)

Rumah yang disewa oleh allahyarham abah di Kampung Pandan, Kelang, Selangor yang berhampiran dengan Kolej Islam Kelang (KISAS) yang kini telah dirobohkan.

Ini adalah rumah dan tanah adat emak saya di Kampung Terentang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Disinilah emak saya dilahir dan dibesarkan juga tempat emak berkahwin dengan allahyarham abah saya.

Kini emak saya (Hajjah Nafsiah binti Salleh) tinggal di Pusat Pengajian Islam, Desa Taqwa di Jalan Balai Islam, Jeram, Selangor.

Rumah ini terletak dii Jalan Hijau, Taman Kampung Kuantan, Kelang, Selangor merupakan rumah pusaka kami adik beradik.
Rumah yang disewa oleh suami sebelum kami pulang ke Malaysia menjelang persaraannya, terletak di belakang Dar As-Salam Mall Abu Hamour berhampiran dengan masjid bersebelah perumahan Ezdan 8 yang masih di dalam pembinaan.


Pemilik rumah perlu menjadi perhiasan bagi rumahnya bukan rumahnya yang menjadi hiasan kepada pemiliknya. (cicero)

IHadiah

Kata Kekasih Allah SAW memberi nafkah kepada isteri kamu jauh lebih penting dari memberikannya sedekah.


Gambar hiasan yang dirakamkan sewaktu majlis khatam Al-Quran warga emas muslim di kediaman emak saya di Balai Dakwah Jeram,Selangor.


Tatkala Laman Chrome dan Wujud 'Games'

Blog ini dimulakan pada sekitar bulan Mac 2006. Ia milik seorang wanita melayu muslim yang telah berkahwin bernama Lelawati binti Mohd Ali dan mempunyai empat orang anak remaja yang telah dewasa. 

'thanaif' dan 'tejathanaif' yang sah.

Bersama emak dan anak-anak di Oman.

Saya biasanya menggunakan nama pena teja thanaif yang sering dieja tejathanaif @ thanaif.

Nama pena ini tidak ada kena mengena dan tidak mempunyai pertalian dengan individu atau mana-mana komuniti dari negara lain. 

Menjadi musykil di minda saya apabila masih wujud penetapan tetapan bahasa bagi bahasa hindi di dalam reka bentuk tetapan catatan yang sewajarnya hanya saya sahaja yang boleh mengubah menukar dan menetapkan serta meminda atau membatalkan mana-mana setting bagi laman peribadi ini. 

Nama pena ini diilhamkan oleh diri saya secara bersendrian tanpa bantuan atau sokongan serta tidak mendapat dokongan sesiapa ketika saat ia diusahakan pertama kalinya bagi memperkenalkan bahasa kebangsaan negara saya Malaysia, bahasa melayu yang kini dirasmikan sebagai bahasa malaysia. 

Saya berasa amat kecewa apabila ternyata catatan peribadi saya di microsoft word yang dialihkan dari notepad didapati telah dihilangkan oleh pihak yang masih mahu menjadikan kesemua catatan di microsoft word sebagai acara untuk membentuk segmen permainan siber di antara Sony dan X-box. 

Saya tidak bersetuju dan tidak membenarkan catatan peribadi ini dilakukan sekadar untuk mendapatkan idea bagi membentuk permainan interaktif di siber.


Nama-nama pena yang disahkan oleh google.