Ahad, 9 Februari 2014

Bagaimana Mencontohi Teladan?


Mengapa kelian saling berpaling?

'Saya jantan dia betina'.

Mengapa kelian tidak saling berpandang?

'Saya bukan mahramnya dia bukan mahram saya.'

Mengapa kelian berjauhan?

'Kami sama-sama diperhatikan.'

Kelian berpakaian?

'Kami tidak serupa seperti tuan dan puan yang perlu berpakaian melekat di badan untuk dilihat benar-benar berpakaian apatah lagi bila berpendidikan.'


Abu Hurairah berkata Rasulullah sallallah hu alaihiwasallam bersabda ;

Akan tiba saat terjadi kepada umatku yang mana seseorang itu diberi pilihan antara sedia dianggap lemah atau berbuat jahat. 
Sesiapa yang menemukan zaman seperti itu hendaklah dia memilih yang lemah daripada berbuat jahat.

Perasaan


Jauhkah dikau berjalan bila kaki mu panjang?  

             Bila si tangan panjang pendek sahaja ia berjalan

                          Namun berselerakan bagai badai taufan

                                           Sehingga menyebabkan daku kehilangan.

Apakah Watak Mu Bila Hanya Membisu?


Apakah watak mu 

Bila hanya membisu

Di dalam salji yang membeku

Dikau masih bertaman dipelihara dengan dana membantu

Tatkala yang bernegara terusir menjadi musafir kerana tidak diperlu.


Apakah watak mu

Bila hanya membisu.

Menolehkah Ke Peraduan Tulang Temulang?


Siapakah yang menyolekkan paras rupa mu

        Bila keperangan rerambut mu menandakan usia mu

Sudah menolehkah ke peraduan mu 

        Yang bakal menyimpan tulang temulang mu

Dan membuatkan daku berasa sayu

         Bila sesama kita tidak mampu saling membantu.

Model-Model Ku 1


Model-model yang tidak pernah mengeluh

Tidak pula pernah menuntut

Tatkala pawagam dan studio televisyen serta website

Menawar tinggi sara pendapatan.

Model-model ku tidak pernah mengeluh

Tatkala daku yang kehampaan.

Modal?


Modal diperoleh hasil dari pekerjaan

Hilangkah modal bila tiada tujuan?

Tatkala wujud kesempatan

Membina daerah para pelarian...


Rakaman Kemiskinan Di Sempadan


Tatkala rakaman kemiskinan menjadi kehinaan siapakah yang sedia mengagihkan kekayaan untuk mendapat kemuliaan Tuhannya?