Sabtu, 29 Disember 2012

Satu Waktu Dulu.


Kini saya seorang pengguna 'smartphone'. Alhamdulillah

Nama pena bagi tejathanaif  dan thanaif masih  bukan pengguna Samsung atau Iphone atau Black Berry atau Nokia atau mana-mana smartphone.

Saya masih bukan pengguna 'smartphone'.

Telefon bimbit saya masih merupakan telefon yang bermasalah dengan gangguan untuk mengakses ke internet dan rakaman gambar yang masih tersekat-sekat tatkala mahu merakamkan gambar.


Begini keadaan telefon bimbit saya ketika sedang merakamkan gambar.


Microeletronik di dimensikan oleh teknologi siapa tatkala kita berkomunikasi?


Rabu, 7 November 2012

Berfikir Membuatkan Kita Berkarya?

Berfikir itu membuatkan kita berkarya
 
Bagaimanakah sesuatu karya itu dikatakan kreatif bila ianya tidak upaya membuatkan kita berasa bangga?

Karektor Atau Watak Yang Dihidupkan?



Siti Hanan yang ingin 'merdeka' sewaktu di Al Fuwairit



 'Break dance' Ahmad Muttaqin sewaktu bersafari di Sea Line Musaeid

Karekter 'merdeka' Ahmad Mustaqim sewaktu bersafari di Sea Line




Ahmad Hilman dengan lompatan 'merdeka' sewaktu bersafari di Sea Line Musaeid


Bila kita tidak dibenarkan berdiri kita duduk, bila duduk juga tidak dibenarkan kita berlari, bagaimanakah jika kita tidak ingin berlari???



 
 
 
 

Jumaat, 15 Jun 2012

Bolehkah Gambar Bisu Bersuara?

Talian Eletrik (Brno - Republik Czech)
Terhubungkah benua kerana gelanggang, terhutangkah rakyat kepada negara saat kudrat itu menitikkah keluh tatkala ada yang awal terpejam mata bila,,, yang sarat menanggung beban lebih dari tujuh keturunan adalah dia?
  
Usah kerana kabel, hidup mu umpama daun kering ditiup angin di tengah padang...

Melarat kerana karat ....


Kabel siapa menjadi talian hayat kelian

Tatkala

Kabel kami hanya berdasarkan asas kemahiran kerana pengetahuan dan pengalaman.dengan sedikit pengetahuan.

Gambaran kabel dikatakan bertebat kertas yang disalut dalam plumbum, berperisai penebatan termoset, berisi minyak, bertekankan gas kerana kabelnya juga mineral, polimer, selain aluminium.

Di lapis mana penebatan kekebalan kabel Tuan dan Puan?
Tatkala kabel kami juga yang sering didakwa dikaliberkan oleh 'suapan'.


Tewas Di Luar Gelanggang

Pengangkut gelombang yang memerangkap frekuensi (Musandam-Oman)

Aduhai 'Canon' apakah etika mu terhadap 'Nikon' yang menjadi teman rasmi kami saat mereka mencemuh kononnya kami ini berbadikan kroni ...


Sejauh manakah benarnya 'setting' baru dan aplikasi baru dari perhubungan komunikasi multimedia dan telekomunikasi adalah kaedah bagi menghilangkan hak seseorang atas nama keberdayaan kreatif membebaskan emosi?

Tahun-tahun nestapa bermula dari '14 Febuari' apabila semangat berkasih sayang ialah berkongsi idea yang mengarah kepada melenyapkan peluang dan kesempatan bagi individu yang tidak berkeupayaan memperolehi kejayaan.

Selepas 'Smart Phone' apakah bagi kaedah yang baru upaya menghilangkan hak cipta atas nama perkongsian idea bagi penajaan projek dunia baru?

'How do i know you are chase for tender and project to be part of any cronies?'

Selasa, 5 Jun 2012

Pekerjaan



Banyak yang boleh di programkan oleh sebuah komputer untuk menyelesaikan dan memudahkan banyak perkara.

Namun bolehkah komputer memberikan pekerjaan?

Klik sahaja kita mendapat pendapatan.walau pun tanpa pekerjaan?

Bagaimanakah pula jika diakui komputer, Ipad, IPhone, 'Smart Phone' dan interaksinya juga menghilangkan peluang dan hak orang lain untuk berjaya?

Bagaimana pula jika diakui ianya juga upaya memutuskan hubungan kasih sayang malah menghilangkan kepercayaan?


Benarkah seribu pekerjaan boleh diwujudkan dengan bermimpi meski pun 'merampas' atas nama perkongsian.


LALU BOLEHKAH IKLAN SEPERTI INI DIPERAGAKAN?


ANDA DIALU-ALUKAN MENCURI HAK CIPTA DAN HARTA INTELEK di internet.


Penipuan dan pemanipulasian sains dan teknologi dilakukan oleh mereka yang berperadaban dan moden kemajuan zamannya. Memperolehi pendapatan dan pekerjaan melalui penganiyaan diterima sebagai proses pendidikan di zaman Melinium.


Bolehkah iklan seperti ini diperagakan?


On January 17 2012 di Fotolog.

Rabu, 9 Mei 2012

Di Mana Hadiah Ku Santa?

 Antara sudut di Souq Waqif Doha


Bagaimanakah Santa Claus meninggalkan hadiahnya tatkala bumbung rumahku tidak terbuka?

Bukan Santa yang meninggalkan cenderamata tetapi para ibu dan bapa serta sanak saudara.

Santa, saudara mu Ralph Waldo Emreson berkata di dalam sejarah mereka yang paling 'agung' adalah orang yang paling miskin.

Benarkah Santa tatkala Tuan hanya bertopikan Santa tetapi bukan membawa hadiah. Tuan membawa wajah, wajah seorang Santa Claus?


On December 26 2011 di fotolog.

Wangikah Bunga?

 Rakaman Sony Cybershot T200 Siti Hanan di Fraser Hill


Tidak semua bunga yang indah itu berbau harum.

Gugurkah bunga?

Layu jugakah bunga?

Fitrah semula jadi upayakah dicegah tatkala sudah berputik balik berbunga.



(Gambar rakaman Siti Hanan pada 21.12.2008 di Bukit Fraser, Pahang.)


Sayap Untuk Terbang

Burung di tepi pantai Corniche Doha


Manusia boleh dikurung semangat tetap bebas.

Yang bersayap tetap akan terbang.


Catatan dari fotolog.

Sabtu, 28 April 2012

Penulis Tanpa Buku

Dokumen


Wajah tidak akan bertukar walau diubah nama.




Catatan pada 18 hb September 2011 di fotolog.com


Benarkah senjata tiada bisa, bisa lagi bicara manusia?

Namun telinga lebih berdaya berbanding mata ...

Mengapa?

Kata budiman yang arif lebih utama nama yang baik berbanding kekayaan yang melimpah ruah namun digunakan untuk menjadikan orang lain melalui kesukaran kehidupannya. 

Salah yang bagaimana bila tidak suka terkait dengan individu yang tidak dikenali kerana thanaif@ tejathanaif adalah wanita melayu muslim yang telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak yang berusia di antara 22,20,17 dan 13 tahun.

Mengapa?

Tatkala salah satu blog peribadi ku di blogspot.com telah dihilangkan paparan wajahnya oleh Blogger menerusi Google Chrome sewaktu di dalam proses menukar gambar.

Ia satu tragedi kepada minda ku kerana setelah lebih enam tahun melatih diri menjadi penulis di siber dengan keyakinan diri sendiri yang didorong oleh diri sendiri dengan kemahuan diri sendiri tt berjaya menjadi penulis siber walau pun tidak berjaya menjadi penulis yang memiliki buku untuk diterima sebagai seorang penulis.

Ia satu tragedi kerana idea sentiasa didakwa sebagai sesuatu yang tidak memiliki hak cipta namun bagaimanakah sebuah blog dan laman-laman siber serta album online yang mahu dijadikan sebagai pusat mengkreatifkan kemahiran minat dan bakat dinafikan sebagai sebuah karya yang mempunya hak cipta untuk dilindungi oleh undang-undang?

Ia satu tragedi apabila paksaan itu adalah sebahagian dari penyerlahan jiwa penghambaan yang masih dibelenggu oleh trauma memiliki nasab hamba yang tidak dapat diusir oleh entiti yang disusun oleh jurai keturunan hamba.

Bersabarlah.







Jumaat, 6 April 2012

Peraduan Di Kamar Angkasa



Mata Hari Atau Mata Hati

Puan Helen Keller bersetuju kita tidak upaya melihat bebayang apabila terlalu memandang suria.



Khamis, 5 April 2012

Hujan

Kita tidak menghargai air sehinggalah saat telaga menjadi kering tanah merekah dan dahaga itu membuatkan kita gundah.


Bolehkah membaca lantang guruh saat hujan turun panah berkilauan membuatkan mergastua berasa gerun?

Siapakah yang meminta agar hujan jangan turun tatkala ada yang berhajat agar hujan tiba?

Benarkah langit mempunyai bangunannya?

Tatkala bumi berhamparan.

Adakah jiwa mu yang masih kekal tiada penyempurnaannya,

Tatkala Sistem Kedudukan Global menyelinap menyusuri merentasi menerokai sehingga menjejaki di peta untuk memenjarakan mu...


Catatan  thanaif On 20/08/2011 di fotolog.com

 Hujan - di rumah emak di Jalan Balai Dakwah Jeram

Merdukah Suara Mu?

Kambing yang muncul tiba-tiba di atas bukit di Oman




                                                                                                                                                                                                                    
Merdukah suara mu?


Hingga temali turut berdendang...


Merdukah yang hilang saat yang terhidu hanyalah hamis?


Ataukah gegendang kami yang semakin lali

Oleh merdu mu yang hanya buat berjual beli

Sedang bebulu mu hanya menjadi hamparan kaki...


On August 13 2011 dari fotolog.com

Rabu, 4 April 2012

Catatan Bergambar Dari Fotolog

Kera di rumah emak di Jalan Balai Dakwah Jeram

Sang Kera dan Sang Beruk 


Siapa di antara kita yang suka berebut?

Pertanyaan ini dibisikkan perlahan di cuping telinga ku.

Sang Kera juga mahu berujar tanya?

Diamnya meluah rasa.

Antara haiwan dan manusia siapakah yang bersifat perebut?



Yang berebut itu ialah haiwan Sang Beruk, kerana sememangnya haiwan tidak berperadaban tidak bertamadun tidak berperundangan ...

Jentiknya pada hawa seleranya ditentukan nafsu

Penglipurnya sama seperti perumpamaan monyet yang mendapat bunga adakah monyet itu tahu faedah bunga?

Atau bak moncong penuh dek air perut berisi batu?

Menjadi bisu dek kerana berhutang budi?


Catatan pada 18 hb September 2011 di fotolog.com

Isnin, 12 Mac 2012

Bunga Luka DI Taman Hati

Rakaman-rakaman anak gadisku Hanan Harith.
                                              Rakaman Nikon D90 dari taman kecil di rumah kami


Apabila Siti Hanan tersenyum …
Rasa bahagia menjalar jauh ke sanubari
Sanubariku dan sanubarimu tiada pemisah dan tiada tembok halangan
Meski empat musim dikau terpinggir sendiri membiar masa berlalu lari
Ibu mu masih sedia setia di sisi
Meski gundah rasa dan resah gelisah jiwa hanya kita yang menjiwai iramanya
Ia bukan rundungan malang yang mengurai ikatan kasih kita anakku.



Apabila Siti Hanan tersenyum …
Ria suka menusuk dalam ke jantung hati
Hatiku dan hatimu menjahit robek jiwa sukma yang lama bernestapa
Lara luka menitis di mata tidak tampak sebagai tanda duka itu sengsara
Getirku sukar dibaca luluhku tidak tersua sunyi sepi mengusirkan diri
Biar remuk dek nista hina kerana darjat masih diambil kira tiada jaya hidup tak sempurna
Ia kita lambai menyambut hangat dakap erat Kasih A-Rabb dek lamaran pada sabar jiwa raga.




Apabila Siti Hanan tersenyum …
Tiada ada undangan buat petualang andai mahunya adalah tukaran atas tawaran rasa
Tidak akan ada keruh yang terbit sesudah jernih membuka laluan rasa
Tiada daya yang menebalkan resah bila titip sesal itu cuma anjuran rasa
Miskin harta kita tidak miskin kudrat masih berupaya tenaga dek kaya rasa
Kuaklah kegelutan terluka saat sebelum jiwa bertemu ajal sebelum lumpuh indera berasa.

Selasa, 14 Februari 2012

Isnin, 30 Januari 2012

Solehkah Kita Dek Bina Indah?



Masjid rumah ibadah
    Bukan ia tempat bermegah
        Ia kasih cinta hamba kepada Allah
             Segar damai tenang alunan azannya membuat kita gagah?


                                                                                                            Melancongkah kita kerana ibadah?
                                                                                                     Saat masjid rekanya menuntut indah
                                                                                                 Leka kita dek mata teruja tergugah
                                                  Begitukah erti berdiri sama tinggi dan duduk kita sama rendah?

Rabu, 11 Januari 2012

Satelit Mengirimkan Ini?


Twitter dot com atau twetttunnel yang sah?



Fitnah telah menjadi sifat intelekkah?
Intelek moden Amerika itu khianah?
Ooohhhh tidak intelek moden mereka itu 'amanah.'

Dajjal itu memberi amanah kepada Amerika?
Ya - mungkin untuk berdusta.
Kejinya mereka menjadikan muslimah sebagai modal untuk berkuasa.
Lihat harta yang mereka berikan pada sebuah nama pena.

Meminta generasi merembeskan air mani secara percuma?
Menjadikan cinta sahaja memadai tanpa agama?

Ayuh bagaimana pencarian google chrome mulai mempaparkan gambar begini tatkala saya mahu mencari hotmail bagi dibaca email-email yang sebelum ini tidak wujud keadaan begini.

Benar kata pepetah Cina.
Apa yang disampaikan ke telinga seseorang itu akan terdengar jauh menjangkau ratusan kilometer.

Saya malu dengan intelek moden Mellinium ini.

Jumaat, 6 Januari 2012

Tiadakah Dikau Bayang-Bayang?


Bergaduhkah dikau dengan bayang-bayang tatkala tiada sesiapa yang berlindung di bawah bayang-bayang mu melainkan diri mu sendiri?


Rendahkah bayang-bayang mu tatkala dikau berdiri tinggikah bayang-bayangmuu tatkala dikau duduk?


Atau tiadakah dikau bayang-bayang yang menjadi pengiring mu yang pastinya hanya seorang?