Sabtu, 31 Mei 2014

Asal Usul



Asal usulku orang biasa-biasa

Bukan bangsawan masih belum ada berdarjat pingat kebesaran

Piut lelakiku sebelah ibu bernama Kail bertemu jodoh dengan Norio dikurnia anak seramai dua belas orang

Salleh, Samah, Sawang, Mahmud, Sulit, Ibrahim, Mat Akhir, Ma'asin, Tiawa, Doyok, Jamaiah dan Tiawang,

Datuk lelaki sebelah ibuku  dinamakan Sulit bernikah dengan Bai'yah wanita kampong

Asal usulku orang kampong miskin yang  masih belum bercantum dengan darah mana-mana peranakan.


Asal usulku berdudukkan pada adat perpatih bila merujuk pada nasab emak

Yang bermula kampung lamannya di Guntur, Tengkek, Kota, Majau, Tapak, Koru, Jerejak, Padang Lebar, Kampung Terentang hingga ke Padang Lebar

Hutan rimba belantara merimbunkan kasih sayang kerabat yang bijaknya tidak menggadai tanah teroka nenek moyang dek ia tanah adat hasil lelah kudrat  

Keluarga tidak berpecah walau tanah bergeran sempadannya berbagi bahagian

Walau miskin pesan moyang emak abah, bila bertanah rumah dapat dibina hidup tidak melarat walau tidak terpandang itulah kemanisan muafakat.


Akhlak Dan Budi Bahasa

Pakaian seragam/uniform murid-murid sekolah rendah kebangsaan di Malaysia. 

Pakaian seragam di sekolah sesungguhnya usaha awal mentaati Allah 

Bila ada kesopanan dalam makanan dan minuman kerana halal haramnya 

Sehingga tubuh dan jasad itu  miliki rasa malu

Setelah mengenali adab bersuci mengenali najis dan pandai berwudhuk.



Cikgu


Belajar tidak hanya di sekolah, cikgu.

Belajar proses seumur hidup, cikgu.

     Gajet hanya alat bantu induksi, cikgu.

     Bila jemu tiba lesu menanti resah mengguris minda, cikgu.

Tatkala hati dan akal bertanda buatan Allah 

Kemalapan nur membuatkan panca indera menjadi bisu...

Niat Itu Ibadah

Rakaman Di Bukit Fraser 2008
Hijrah kerana pekerjaan benarkah bererti hijrah kerana dunia?

    Bila niat menjadi hitungan Allah.

          Perhati dan cermati niat bila setiap perbuatan dan amal ingin dibuat.

                Agar usia yang singkat amal yang kurang bermanaaf di dunia dan akhirat.

Sekolah Cermin Peribadi Diri, Bangsa Atau Negara Bagi Yang Beragama?


 Sekolah menjadi cermin peribadi setiap diri

      Letih menelaah tidak rugi bila akhirat menanti setiap saat

Bila asuh didik lakon main cerita periksa tanpa paksa 

      Menjadi sifat yang mulia oleh innamal 'ama lu bil niaat.

Jumaat, 9 Mei 2014

Bahasa Cahaya Minda


Al-Fatihah buat penyanyi arwah Puan Kartina Dahari

Sesudah enam hari baru diketahui pemergian Cik Puan

Banyak nasihat yang dapat diteladani

Kepada Allah dipohon agar jasa Cik Puan mendapat keberkatan.

------------------------------------------------------------------------------------------


Rakaman gambar 2008 di Port Dickson
Petikan dari lagu Aksi Kucing album Memori Kartina Dahari

Apa guna malu-malu kucing?

Meow-meow di belakang suara yang nyaring.

Jangan suka malu-malu kucing

Sudah menerkam sebelum berunding.

Aksi kucing membikin perselisihan

Salah-salah dari kawan jadi lawan.

Salah faham kerana malu-malu kucing

Urusan kecil bisa jadi meruncing.


Antara Tepi Kain Dengan Tepi Sembat Manakah Yang Lebih Dekat?


                    Tidak menjadi siangkah bila ayam tidak berkokok?

              Mendapat untungkah bila sedepa jalan ke muka

        Setelempang jalan ke belakang

    Hingga para pelarian beroleh tenang

Para pemerhati dukanya tak hilang?

Orang Karam Di Laut Kitakah Yang Karam Di Darat?


Luka di telinga nampak berdarah

      Dek ingkar taat patuh dan perintah

Luka di hati siapa yang tahu?

      Dek sabar kerana Allah.


Benci Dan Kasih Kerana Allah


      Siapakah yang kita lihat ketika bercermin?

                        Tatkala haiwan tidak berhasrat menjadi manusia

     Apakah manusia ingin menjadi sebaliknya?

                         Siapakah yang kita lihat ketika bercermin?

     Bila Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bersabda

                        Pilihlah teman bila berkawan kerana kita dikenali atas agama rakan kita.