Isnin, 3 Mac 2014

Lihat Dengar Sentuh


Membaca lukisan pasir mu...

        Yang buta tidak dapat memandang

                Kerana itu kita berbicara 

                          Kerana daku tidak mampu menjadi bisu.

    
Sesiapa yang mempunyai kekayaan  lalu dialah yang didahulukan untuk memberi,

Sesiapa yang mempunyai lebih makanan tidakkah dia yang diutamakan untuk memberi makan?



"Berikan pemberian mengikut orang yang mampu , dan yang miskin memberi menurut 

kemiskinannya untuk memberi..."

       

Samakah Jejari Kita?


Bagaimanakah membaca lukisan pasir mu?

Bila ia terbuang ia terlupus ia mudah hilang...

Saat ketika yang serupa ada yang masih bertatih, melatih untuk meneladani...

Duhai, Kitakah Perigi Di Kaki Bukit?


Bagi adat orang berbangsa dan beragama, bahasa itu perhubungan budaya.

Bagi yang telah berusia ikatan perkahwinannya itu sebahagian dari penyempurnaan agama.

Bahagia tidak ditafsir mengikut rasa menurut mata atau memenuhi makna semata-mata.


Kilat beliung sudah di kaki kilat pisau sudah di tangan,

Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

Apakah koyak di baju yang mahu diukur ialah badan?

Apakah Nama Yang Diberikan Buat Ku?



Apakah nama yang diberikan buat ku?
                                                   Bilamana nama menyerlahkan cara berpendidikan.

Nama-nama para nabi nama-nama yang baik, tidak mungkin nabi insan yang bisu.
Tidak wajar pencinta nabi-nabi pembuat dosa dan kejahatan.