Habitat haiwan dipelihara usah sehingga habitat manusia dicatur oleh dasar.
Tamak itu sifat manusia tidak beriman? Benarkah demikian? Saat Ramadhan itu muslimin yang beribadat kerana iman Adakah kenalan yang di luar lingkaran perlu dimeriahkan?
Suria sesudah subuh pada 5 Ramadhan 2015/ 22 Jun 2015
Malam dan pagi sesudah subuh pada setiap Ramadhan Apakah kita seumpama Usaid bin Hudhair? Yang ditimpa ketakutan tatkala membaca Al-Quran Bila kuda-kuda di kandang menjadi liar oleh malaikat yang hadir?
Apakah yang sama antara manusia dengan baqarah dan ternakan? Pakaian bumi dari jenis tumbuh-tumbuhan adalah makanan Lalu sahutlah kerinduan pada pahlawan akhir zaman Dengan mematikan gelungan cecacing dengan zaitun menjadi hirupan.
Tatkala kelian menghitung kalori kolesterol menolak gula masin yang bersih Lanjut usia doa yang sahih? Ketika coklat ku kemam manis ditolak kerana 'madunya' Sihat didamba wajar kerana niat untuk sujud mencecah dahi bila lanjut usia.