Bicara Mata Rakaman Kanta Sentuhan Minda Azimat Jiwa
Jumaat, 17 Januari 2014
Tanda-Tanda Di Jalan Atau Tanda-Tanda Penilaian
Wujudkah syarikat tanpa perniagaan?
Abu Daud beriwayat :
Abu Hurairah radiallahu anhu berujar nasihat :
Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bersabda bahawa Rabbul Jalil berfirman :
"Aku jadi yang ketiga di antara dua orang yang bersyarikat selama salah seorang antara keduanya tidak khianat terhadap saudaranya (temannya) lalu bila dia khianat, Aku meninggalkan keduanya."
Apakah Lagi Yang Belum Ditemu?
Setiap Hutang Perlu DiLunaskan
Bumi meminjamkan
Lautannya, daratannya, angkasanya, hutan rimbanya, tanah tanihnya,
Sungainya, bukit bukau dan gunung ganangnya...
Pernah ia meminta pinjamannya dikembalikan?
Bumi Bertanya Di Mana Khalifah Itu?
Bumi tetap tertawa walau ia semakin menyusut nilai kualitinya
Ditarah ia menyerah
Ditimbus ia pasrah
Digali ia tetap memberi
Dikotori tidak ia mengeji
Dicemari tetap ia beramanah pada janji
Pada janji menyediakan manusia yang dikatakan khalifah.
Langgan:
Catatan (Atom)