Jumaat, 11 Oktober 2013

Hari Raya Qurban


Berniaga dengan Mu diujarkan tiada kelihatan laba
Berjual beli dengan Mu didakwa tiada terbit selesa 
Berurusan dengan Mu disangka usaha yang sia-sia

Tatkala...

Prinsip asas ekonomi adalah mentaati Mu
Baitullah Hak Mutlak yang tidak diperibadikan 
Sehingga kiamat :

"dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan ibadat haji nescaya mereka akan bertamu ke rumah Allah dengan berjalan kaki, menungang berjenis unta yang kurus yang tibanya dari ceruk rantau yang jauh?"

Sehingga kiamat hamba-hamba yang muslim akan menziarahi 'rumah' Mu walau apa pun yang diniatkan ke atas mereka.

Eid Al-Adha

Rakaman dari 'channel' 807 -Al Quran Kareem TV Saudi 

Rakaman dari TV Saudi 'channel 808;.
Undanglah kami Ya Allah menjadi tetamu-tetamu Mu.
Ameen.

Menunggu Rindu

Pusara aruah abah di Simpang Lima, Klang, Selangor.

Pusara uwanku di Lipat Kajang, Klang, Selangor.

Maaf abah, cuti yang lalu anakanda hanya sekali melintasi pusara mu tanpa dapat berhenti, 
Walau lama selama tiga puluh hari  bercuti,
Masih tidak sempat pusara mu ku ziarahi,
Begitukah suruhan Ilahi?
Bahawa anak perempuan itu hanya wajib pada suami dipatuhi?
Atau sukarkah membaca mata naluri dan emosi
Bahawa anakanda sangat gembira jika dapat membaca Al-Fatehah dan Ayatul Kursi
Di depan pusara mu walau pun hanya dengan berdiri.


Siapakah yang bertamu menziarahi mu wahai nenekandaku?
Sayu rawan hati mu sudah tidak lagi perlu
Pabila tiada lagi hijab yang mendinding ruh mu 
Rindu mu berbeza dengan rindu ku
Cucunda mu masih menanti dan menunggu
Tatkala dikau telah 'menyaksi' kebenaran tanpa 'nafsu'
Barzah adalah alam yang membuatkan kita membisu.