Sabtu, 12 Disember 2015

Agar Tiada Bersakit Hati

Rakaman Hanan Harith - Oman - 20/7/2011

Berjanjilah untuk tidak mengundang bahang perbuatan derhaka ke tanah air mu

Berusahalah menjauhi tanah permai mu dari pelaku-pelaku durjana

Bila dosa-dosa itu bagi menjauhi seksa kemurkaan Ar-Rabb mu

Kerana ada di antara pembuat dosa itu akan menjadi sumber bahan api di dalam neraka.

Usahlah Sering Meminta-Minta

Oman - 20/7/2011

Tanpa fros tiada yang beku dan tiada yang cair


Jauh dari lengkungan lingkaran Pasifik jauh juga dari lingkaran Mediterranean-Himalaya

Namun mengapakah yang dikau ingin adalah untuk hampir pada negara kuasa yang jauh?

Yang sering mencetus kejutan laluan gelombang pada kerak bumi yang mencair

Oleh ujian letupan nuklear yang tidak dihidu oleh satelite di angkasa

Kerana apa tanah-tanah yang hanyut kini ingin dikecuh riuh?


Apabila : Katakanlah apakah aku akan mengambil pelindung selain Allah yang menjaadikan langit dan bumi, pada hal Ar-Rabb mampu memberi makan dan tidak pula diberi makan?




Pesanku Usahlah Meminta-Minta Untuk Dikasihani

Oman - 20/Julai/2011
Angin itu kataku adalah bayu

Walau tiupannya panas atau sejuk

Walau tanahmu kering berada tinggi di perbukitan 

        Tidakkah Ar-Rabb itu zat yang menurunkan air dari langit, buatmu?

        Angin dan air erat berpadu walau tiada dapat dihidu namun ia membentuk, buatmu?

        Lalu nikmat Ar-Rabbmu yang manakah yang dikau dustakan?
        

Pesanku Usahlah Meminta-Minta

Oman - 20/7/2011
Riwayat Bukhari dan Muslim tentang taakulan Kekasih Al-'Adlu 

Banyak menegaskan tentang etika muslim

Berusaha dan bekerja walau membawa tali seikat kayu

Lebih baik dari meminta-minta meski ada yang menolak untuk memberi ada yang sudi mengirim.

Tiada perkebunan tiada perladangan bermakna tiada tanaman  

Namun ada khurma ada bijian ada takungan air hujan

Di bumi Oman.

Gurun Atau Gerun?

Oman 20/Julai/2011

Bumi sebagai hamparan

            Bukan semata-mata penciptaan...

                         Agar kamu dapat pergi ke sana dan ke mari di atas keluasan jalan

                                 Bagi melihat tanda-tanda Kebesaran Ar-Rahman.

Ahad, 25 Oktober 2015

Keturunan Menurut Agama

Beriman juga melakarkan sejarah
Apabila insan berbangsa

  Ia adalah kerana adanya keturunan.

       Apabila insan beragama

          Ia adalah kerana wujudnya Ar-Rabb Maha Pencipta.

Bagaimanakah Menimbang Seimbang?

Suria di waktu terbit pagi

Suria yang baru terbit pagi

Bila warna jingga dan merah saling berlaga

         Tidakkah upaya minda kita bertanya

                 Bukankah mentari dan bulan itu beredar menurut hitungannya?

Pusaramu Bukan Di Bumi Ya Suria

Petang pada senjakala di Jeram
Senjakala di Tasik Putra Jaya


Tatkala chaya suria juga tertarik pada graviti.

    Sehingga menghilangkan warna asalnya yang putih berseri

       Pada ketika suria terbit pagi 
  
          Tetap warna merah jingga menjadikan cahaya putihnya tidak kembali.

           
                  

Isnin, 21 September 2015

Pada Pernikahan Itu Ada Pendapatan



Tatkala kehidupan kekal berlansung..

            Tatkala kehendak kekal hasrat bergunung..



                               Tatkala pesanan iman jauh ke hadapan untuk direnung..



                                               Siapakah yang menjadi bingung?




                   Bila ditegah menukar perak dengan emas secara hutang demi untung.

                         

Jumaat, 26 Jun 2015

Perbezaan Yang Wajar Dihormati

Rakaman dari Televisyen Saudi Channel 807

Rakaman dari Televisyen Saudi Channel 807



 
Perbezaan ini telah diketahui sejak dahulu lagi

Apakah masih ia tidak dihormati?


Apabila Bukan Semua Perkara Wajar Dikongsikan Bila Tiada Kebersamaan

Habitat haiwan dipelihara usah sehingga habitat manusia dicatur oleh dasar.

Tamak itu sifat manusia tidak beriman?

Benarkah demikian?

Saat Ramadhan itu muslimin yang beribadat kerana iman

Adakah kenalan yang di luar lingkaran perlu dimeriahkan?

Marhaban Ramadhan 1436 / 2015

Suria sesudah subuh pada 5 Ramadhan 2015/ 22 Jun 2015

Malam dan pagi sesudah subuh pada setiap Ramadhan 

Apakah kita seumpama Usaid bin Hudhair?

Yang ditimpa ketakutan tatkala membaca Al-Quran 

Bila kuda-kuda di kandang menjadi liar oleh malaikat yang hadir?

Isnin, 1 Jun 2015

Al-Ghaim



Hati Quran letaknya di mana?

Saat ditegah berlaku bidaah

Rohku  kini sangat merindu

Pada rima-rima surah Yaasin

Taffakur malam pertengahan syakban dalam menanti kemuliaan Al-Qadar

Izinkan ku Ya Rabb untuk merintih pada saat terbenamnya mentari suriaMu.

Tatkala Kita Bukan Mualaf



Apakah yang sama antara manusia dengan baqarah dan ternakan?

Pakaian bumi dari jenis tumbuh-tumbuhan adalah makanan

                     Lalu sahutlah kerinduan pada pahlawan akhir zaman

                     Dengan mematikan gelungan cecacing dengan zaitun menjadi hirupan. 

Berbahasakah Mata?



Tatkala kelian menghitung kalori kolesterol menolak gula masin yang bersih

Lanjut usia doa yang sahih?

                     Ketika coklat ku kemam manis ditolak kerana 'madunya'

                     Sihat didamba wajar kerana niat untuk sujud mencecah dahi bila lanjut usia.





Mata Yang Basah


Terima kasih pada perutusan noda

Membuat daku membasahi hati

Ingin diluruh titis mutiara

Saat barakah Jumaat dinanti.


                                              

Seresarimu Itu - Seresarimu Itu !


Dikau membubuh noda di mataku yang semakin penat

Hingga

Hilang khusyuk ku pada solat.

Ahad, 3 Mei 2015

Pekerja Robot

Siapakah yang layak tinggal di sini?

Mahligai dan 'masion' besar tidak ku gusar bila memandang dengan hati

Tatkala eropah itu menolakmu di Amerikakah menjadi tujuan tatkala Afrika ingin mengikat riyal'mu'

Menebus budi 'rupee' kah tatkala yahudi bukan menjadi 'anak tiri'?

Hati berbisik, agar muslimin yang miskin tidak tercela oleh buruk akhlak dan kemiskinannya.


Tatkala bangkai yang terburai isi perut dan isi kepalanya berhari-hari terbiar di jalanan

Ku pujuk emosi dengan bicara kata-kata Ilahi

Dengan maksud ayat 15 dan 16 Surah Al-Ma'arij

"Tidak sama sekali!
Sesungguhnya neraka itu api yang menjulang-julang.
Yang menggelupaskan kulit kepala dan anggota (ubun-ubun)."




Saya Malu!

Kegagahan siapa yang perlu diaibkan?

Saya malu 
Malu dengan kegagahan tenaga pekerja 'mu'
Lantas 
Jarakkan mesin besi yang sentiasa sedia mengangkat karat besi atau batu pasir
Kerana 
Saya malu
Melihat  'robot-robot'mu 
Yang sedia berjalan malah upaya pula memandang bangkai haiwan jalanan 
Yang melemping menjadi hitam tetapi masih merah isi perut yang terburai
Tanpa dapat ku lihat tanda mereka itu insan!


Benar - Kepapaan Itu Hampir Ke Kufur

Kawasan Industrial 

Membaca kisah silam tentang Al-Marj-Al-Akhdar
    Betapa kuda-kuda yang tua kucing-kucing jalanan terbiar 
      Ditempatkan sehingga ajalnya tiba dek telah hilang daya ikhtiar.
  
Lantas ...

     Tatkala melihat bangkai kucing melempeng berkali-kali berhari digilis kenderaan
       Membuatkan diri tersedar ruginya 'dikau' miliki pekerja murah jiwa insannya pudar
        Saat pekerja-pekerja sasamu tidak upaya mengalihkan bangkai haiwan jalanan.
     

Selasa, 17 Mac 2015

Ozon Yang Telah Kotor?

Imej sebuah negara turut dizahirkan oleh identiti rakyatnya.

Bila pakaian menjadi diri dikenali
Bila makanan mencirikan identiti
           Bila bahasa membina jati peribadi
           Mampukah menjadi buta si mata hati?

Entah Mengapa?

Karenah sukan yang menerbitkan aib hingga  diplomatik tidak kenal sempadan

Biarpun hanya meja dan kerusi buruk ia diletakkan di tempat yang sah.

Tatkala padang pasir disimbahi salji 
Dibelai oleh bayu yang dingin nyaman gemilang
Idea memikul senda menyangga karenah tersula hati
Hingga dipaksa merawat percaya yang terbuang.

Jumaat, 30 Januari 2015

Payah Melupa

Tomot  Se ekor kucing jantan baka Parsi
Payah melupakan bila ada kenang-kenangan
Walaupun bagi seekor haiwan 
Kerana tidak berbahasa untuk bersuara
Bila bersuara tidak pula difahami...
Dek
Kerana Tomot tidak pernah beriri tidak tahu pula berdengki walaupun sesekali ia disakiti.

Peraduan Tulang Temulang

Tomot disantuni kerana akhlak di dalam Islam tidak hanya berlaku baik ke atas sesama manusia sahaja.
Tiada makhluk manusia yang tidak dikembalikan ke dalam tanah.

Siapakah yang tidak dikembalikan ke dalam tanah?
           Tatkala Qarun saat masih bernyawa ditelan bumi...
                    Tidakkah wujud persamaan untuk diendah?
                         Bila kita semua di tanah tetap sama disemadi.