Memaparkan catatan dengan label Marhaban Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marhaban Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Jun 2015

Perbezaan Yang Wajar Dihormati

Rakaman dari Televisyen Saudi Channel 807

Rakaman dari Televisyen Saudi Channel 807



 
Perbezaan ini telah diketahui sejak dahulu lagi

Apakah masih ia tidak dihormati?


Marhaban Ramadhan 1436 / 2015

Suria sesudah subuh pada 5 Ramadhan 2015/ 22 Jun 2015

Malam dan pagi sesudah subuh pada setiap Ramadhan 

Apakah kita seumpama Usaid bin Hudhair?

Yang ditimpa ketakutan tatkala membaca Al-Quran 

Bila kuda-kuda di kandang menjadi liar oleh malaikat yang hadir?

Selasa, 17 Jun 2014

Memangku Barakah Ramadhan


Rembulan di mata siapa ia berbeza?

        Tatkala dikau masih percaya  rezeqi diturunkan dari langit.

                  Namun bagaimanakah demi wang kesemua kita menyamakan agama?

                              Pada ketika akidahku dikatakan kemunduran yang membawa penyakit? 

Isnin, 8 Julai 2013

Marhaban Ramadhan 1434



Amal ibadah amal berbudi amal berbakti

Menyatu akidah berpadu fitrah bersatu kiblat menuju akhirat

Di manakah kita selepas kematian?


(Ramadhan ke 8 di Qatar)

Sujud-Sujud Ahli Ramadhan



Sujud ahli Ramadhan sujud nikmat kebajikan

Sujud ahli Ramadhan membuat para bidadari menanti dengan kerinduan

Ahhhh muslimah ahli Ramadhan sudah berasa cemburu keimanan

Dek saf sayap ribuan malaikat pemberi sakinah ketenangan.

Nurani Ramadhan


Musyawarah sabda Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam memberi untung kepada mereka yang suka bermesyuarat

Tidak mengabaikan dan tidak pula diabaikan

Tiada yang diluka dan tiada pula sang peluka

Tatkala matlamat mesyuarat bagi menghindari diktator yang tidak cermat

Dalam santun berdiplomasi dibelenggu rantai paksaan

Sehingga ada yang diamnya dalam duka.


Lantas barakah Ramadhan menyatukan ummat pada siapa menjadi amanat?

Marhaban Ramadhan



Menjelang Ramadhan menerbit diri

Teringat pada Bukit Tursina  yang merendah hati


Berendah diri untuk Nabi Musa (as) menjejakkan kaki


Tatkala kesemua bukit merekah dan meninggikan diri...


Enggan menyudi untuk seorang nabi...


Antara Rejab dan Syakban tidak wujud ego diri


Saling meminggir berulang gilir


Tawadhuk qanaah rahmat Ramadhan kekal memanggil


Kerana aib malu pada Al-Aliyu Al-Kabir.