Sabtu, 27 September 2014

Kepada Allah Ku Berserah

Di dalam ibadah korban wujud banyak perkara kebaikan 

Zulhijjah dan peristiwa-peristiwa 

    Adalah sejarah yang mengasuh akhlak 

           Ibadah yang mengindahkan jiwa

                   Amalan yang upaya menjadikan insan bersikap warak.



Seorang saksi yang melihat lebih bererti daripada 10 saksi yang hanya mendengar.

Mata itu sering membenarkan apa yang dilihat walau tanpa usul periksa

       Tatkala telinga pula upaya membuatkan kita percaya...

                      Taat Nabi Ibrahim alaihissalam tanpa dipaksa

                                 Taat anaknya Nabi Ismail alaihissalam kerana cinta.

Bila keduanya adalah manusia hamba-hamba yang penting

         Menanda hubungan bapa dengan anak oleh darah dan daging 

                         Tanpa terkait untuk anak manusia menjadi anak Allah 

                                     Kerana roh dan api serta cahaya bukan sumber bagi Al-Fattah.

     

         

Ahad, 10 Ogos 2014

Merindui Yang Tua

Nafsiah binti Salleh

Apakah yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita emak?

Al-Quran dan hadis.

Kita ada hartakah emak?

Kita tiada harta kecuali tanah adat di Kampung Terentang Kuala Pilah dan rumah pusaka di 56, Jalan Hijau Taman Kampung Kuantan, Klang di negeri Selangor serta rumah kecil di Darul Taqwa, Jalan Balai Dakwah, Jeram di negeri Selangor.

Rindui yang tua sebelum mereka tiada kerana di syurga hanya menemukan ahli-ahlinya yang muda belia.


Sabtu, 9 Ogos 2014

Keluarga

Keluarga Asas Ketenteraman


Darah yang menumbuhkan daging 

Tidak mampu tidak disumberkan dari makanan 

Mencari halal upaya menghindari yang haram

Keturunan membina pertalian

Pernikahan merimbunkan saudara melebatkan persefahaman

Makanlah dari yang bagus-bagus dan kerjakanlah yang baik-baik.

Belantara Bangunan


Walau berbelantarakan hutan bangunan 

  Ia tetap menjadi kampung di mana seseorang itu berasal

    Walau nestapa bila berjauhan

       Tetap yang baik kerap terkenang oleh adilnya akal.

Kampung Nun Jauh Di Mato


Maaf zahir dan batin

Walau jauh masih dikenang persaudaraan

Buat saudara handai taulan di Selangor, Negeri Sembilan, Singapura  mahupun di Johor Darul Takzim.


Ramadhan 1435




Solat lima kali sehari semalam

Solat sunat menyusun adab dan memperelokkan pekerti

Al-Qadar tetamu istimewa bertemu janji hanya di waktu malam

Apakah telah ditemui untuk dilapangkan dada hati dan emosi?


Jumaat, 1 Ogos 2014

Do Not Manipulate Mr Rights On My Intellectual Property

thanaif pen name owner is not an umno member even she is a malay muslim Malaysian  citizen.

She does not have any connection with  PERKASA group.

She now staying at Qatar and be manipulate by unknown community that by force try to relate all her rights and belonging as cyber blogger to an illegal access.


Isnin, 14 Julai 2014

Fajar Sejurus Malam Nuzul Quran


Bulan dan suria adalah sahabat yang tunduk tawadhuk kepada PenciptaNya


Membaca sejarah yang tak akan berakhir 

Bila peristiwa Nuzul Al-Quran disambut meriah oleh alam sejak fajar 17 Ramadhan 1435

Setelah 16 Ramadhan berakhir..

        

Bila Iman Dijadikan Marathon, Ramadhan Tetap Memberkat

Siapakah yang meyakjuj dan memakjujkan nama penaku tejathanaif?

Perempuan-perempuan di bulan bulan Ramadhan

Serupakah kelian selepas pemergian Ramadhan?

Setelah kesilapan buku 'Manu' menerangkan:

"Manusia hilang kehormatan kerana perempuan, sumber permusuhan ialah perempuan kerana perempuan selalu memikirkan kesyahwatan, sering bermurung oleh kemarahan, menebarkan kepalsuan sehingga hilang kejujuran?"


Selasa, 17 Jun 2014

Memangku Barakah Ramadhan


Rembulan di mata siapa ia berbeza?

        Tatkala dikau masih percaya  rezeqi diturunkan dari langit.

                  Namun bagaimanakah demi wang kesemua kita menyamakan agama?

                              Pada ketika akidahku dikatakan kemunduran yang membawa penyakit? 

Sabtu, 31 Mei 2014

Asal Usul



Asal usulku orang biasa-biasa

Bukan bangsawan masih belum ada berdarjat pingat kebesaran

Piut lelakiku sebelah ibu bernama Kail bertemu jodoh dengan Norio dikurnia anak seramai dua belas orang

Salleh, Samah, Sawang, Mahmud, Sulit, Ibrahim, Mat Akhir, Ma'asin, Tiawa, Doyok, Jamaiah dan Tiawang,

Datuk lelaki sebelah ibuku  dinamakan Sulit bernikah dengan Bai'yah wanita kampong

Asal usulku orang kampong miskin yang  masih belum bercantum dengan darah mana-mana peranakan.


Asal usulku berdudukkan pada adat perpatih bila merujuk pada nasab emak

Yang bermula kampung lamannya di Guntur, Tengkek, Kota, Majau, Tapak, Koru, Jerejak, Padang Lebar, Kampung Terentang hingga ke Padang Lebar

Hutan rimba belantara merimbunkan kasih sayang kerabat yang bijaknya tidak menggadai tanah teroka nenek moyang dek ia tanah adat hasil lelah kudrat  

Keluarga tidak berpecah walau tanah bergeran sempadannya berbagi bahagian

Walau miskin pesan moyang emak abah, bila bertanah rumah dapat dibina hidup tidak melarat walau tidak terpandang itulah kemanisan muafakat.


Akhlak Dan Budi Bahasa

Pakaian seragam/uniform murid-murid sekolah rendah kebangsaan di Malaysia. 

Pakaian seragam di sekolah sesungguhnya usaha awal mentaati Allah 

Bila ada kesopanan dalam makanan dan minuman kerana halal haramnya 

Sehingga tubuh dan jasad itu  miliki rasa malu

Setelah mengenali adab bersuci mengenali najis dan pandai berwudhuk.



Cikgu


Belajar tidak hanya di sekolah, cikgu.

Belajar proses seumur hidup, cikgu.

     Gajet hanya alat bantu induksi, cikgu.

     Bila jemu tiba lesu menanti resah mengguris minda, cikgu.

Tatkala hati dan akal bertanda buatan Allah 

Kemalapan nur membuatkan panca indera menjadi bisu...

Niat Itu Ibadah

Rakaman Di Bukit Fraser 2008
Hijrah kerana pekerjaan benarkah bererti hijrah kerana dunia?

    Bila niat menjadi hitungan Allah.

          Perhati dan cermati niat bila setiap perbuatan dan amal ingin dibuat.

                Agar usia yang singkat amal yang kurang bermanaaf di dunia dan akhirat.

Sekolah Cermin Peribadi Diri, Bangsa Atau Negara Bagi Yang Beragama?


 Sekolah menjadi cermin peribadi setiap diri

      Letih menelaah tidak rugi bila akhirat menanti setiap saat

Bila asuh didik lakon main cerita periksa tanpa paksa 

      Menjadi sifat yang mulia oleh innamal 'ama lu bil niaat.

Jumaat, 9 Mei 2014

Bahasa Cahaya Minda


Al-Fatihah buat penyanyi arwah Puan Kartina Dahari

Sesudah enam hari baru diketahui pemergian Cik Puan

Banyak nasihat yang dapat diteladani

Kepada Allah dipohon agar jasa Cik Puan mendapat keberkatan.

------------------------------------------------------------------------------------------


Rakaman gambar 2008 di Port Dickson
Petikan dari lagu Aksi Kucing album Memori Kartina Dahari

Apa guna malu-malu kucing?

Meow-meow di belakang suara yang nyaring.

Jangan suka malu-malu kucing

Sudah menerkam sebelum berunding.

Aksi kucing membikin perselisihan

Salah-salah dari kawan jadi lawan.

Salah faham kerana malu-malu kucing

Urusan kecil bisa jadi meruncing.


Antara Tepi Kain Dengan Tepi Sembat Manakah Yang Lebih Dekat?


                    Tidak menjadi siangkah bila ayam tidak berkokok?

              Mendapat untungkah bila sedepa jalan ke muka

        Setelempang jalan ke belakang

    Hingga para pelarian beroleh tenang

Para pemerhati dukanya tak hilang?

Orang Karam Di Laut Kitakah Yang Karam Di Darat?


Luka di telinga nampak berdarah

      Dek ingkar taat patuh dan perintah

Luka di hati siapa yang tahu?

      Dek sabar kerana Allah.


Benci Dan Kasih Kerana Allah


      Siapakah yang kita lihat ketika bercermin?

                        Tatkala haiwan tidak berhasrat menjadi manusia

     Apakah manusia ingin menjadi sebaliknya?

                         Siapakah yang kita lihat ketika bercermin?

     Bila Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bersabda

                        Pilihlah teman bila berkawan kerana kita dikenali atas agama rakan kita.
 

   

           

Ahad, 27 April 2014

Lembaran Buku Membuahkan Persefahaman?



Kekasih-kekasihku tidak cemburu saat mereka dimadukan,

Tidak bersengketa membuang masa untuk saling berjeritan.

Kekasih-kekasihku tidak ragu pada kejujuran

Tidak pernah membuka kemuliaan dengan melucutkan pakaian!

Buku-buku adalah para kekasihku yang tidak cemburu bila dimadukan.

Cemburu Para Madu

Sudut minda ku

 
 ... Kata insan budiman kenalilah para kekasih yang tidak cemburu apabila dimadu ...

... Kata arab jahiliah mengorbankan wanita mereka buat menebus maruah adalah sifat bangsa maju ...

... Kata para bangsat tubuh wanita itu juadah persis anjing walau hodoh ia tetap dihidu ...

... Kata Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bani Israel dilaknati kerana membiarkan para wanita mereka memakai pakaian membuka dada, menyerlah rupa ponggong peha agar mudah dicumbu rayu..

....................  Tatkala ujarku kekasih-kekasihku yang tidak cemburu adalah buku-buku .............


Selasa, 22 April 2014

Keamanan Dan Keselamatan Dikonsepkan?

Selat Tebrau 

Jauhkah bila dapat dipandang?

Dekatkah bila enggan berjabat salam?

Rafahkah yang menentang?  

Atau Israel masih terlalu kejam?

Tepatkah Matematik Itu Bila Masih Tidak Sembuh Rasa Sakit


Tafakur itu mencahayakan hati

Walau kiraan selang beza waktu tepat

Al-Wakil tetap Memerhati.

Mana Tanda Sempadan Mu?



Di manakah pintu angkasa?

         Di manakah jendela langit?

                 Bila wujud laluan di udara...

                                                                        
                                                                                                    Tatkala gelap dan terang 
                                     
                                                                                              Bulan, suria dan bintang
  
                                                                              Mengenali batas tempuh dan had.

Sabtu, 5 April 2014

Sila Jelaskan

Why this website be appeared on my website?

http://www.glispa.com/

I am a malaymuslimahmarriedlady from Klang Selangor Malaysia.
I am write my blog using bahasa malaysia.

Who give the approve to others person to make use my blogs?

Isnin, 3 Mac 2014

Lihat Dengar Sentuh


Membaca lukisan pasir mu...

        Yang buta tidak dapat memandang

                Kerana itu kita berbicara 

                          Kerana daku tidak mampu menjadi bisu.

    
Sesiapa yang mempunyai kekayaan  lalu dialah yang didahulukan untuk memberi,

Sesiapa yang mempunyai lebih makanan tidakkah dia yang diutamakan untuk memberi makan?



"Berikan pemberian mengikut orang yang mampu , dan yang miskin memberi menurut 

kemiskinannya untuk memberi..."

       

Samakah Jejari Kita?


Bagaimanakah membaca lukisan pasir mu?

Bila ia terbuang ia terlupus ia mudah hilang...

Saat ketika yang serupa ada yang masih bertatih, melatih untuk meneladani...

Duhai, Kitakah Perigi Di Kaki Bukit?


Bagi adat orang berbangsa dan beragama, bahasa itu perhubungan budaya.

Bagi yang telah berusia ikatan perkahwinannya itu sebahagian dari penyempurnaan agama.

Bahagia tidak ditafsir mengikut rasa menurut mata atau memenuhi makna semata-mata.


Kilat beliung sudah di kaki kilat pisau sudah di tangan,

Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

Apakah koyak di baju yang mahu diukur ialah badan?

Apakah Nama Yang Diberikan Buat Ku?



Apakah nama yang diberikan buat ku?
                                                   Bilamana nama menyerlahkan cara berpendidikan.

Nama-nama para nabi nama-nama yang baik, tidak mungkin nabi insan yang bisu.
Tidak wajar pencinta nabi-nabi pembuat dosa dan kejahatan.



Ahad, 9 Februari 2014

Bagaimana Mencontohi Teladan?


Mengapa kelian saling berpaling?

'Saya jantan dia betina'.

Mengapa kelian tidak saling berpandang?

'Saya bukan mahramnya dia bukan mahram saya.'

Mengapa kelian berjauhan?

'Kami sama-sama diperhatikan.'

Kelian berpakaian?

'Kami tidak serupa seperti tuan dan puan yang perlu berpakaian melekat di badan untuk dilihat benar-benar berpakaian apatah lagi bila berpendidikan.'


Abu Hurairah berkata Rasulullah sallallah hu alaihiwasallam bersabda ;

Akan tiba saat terjadi kepada umatku yang mana seseorang itu diberi pilihan antara sedia dianggap lemah atau berbuat jahat. 
Sesiapa yang menemukan zaman seperti itu hendaklah dia memilih yang lemah daripada berbuat jahat.

Perasaan


Jauhkah dikau berjalan bila kaki mu panjang?  

             Bila si tangan panjang pendek sahaja ia berjalan

                          Namun berselerakan bagai badai taufan

                                           Sehingga menyebabkan daku kehilangan.

Apakah Watak Mu Bila Hanya Membisu?


Apakah watak mu 

Bila hanya membisu

Di dalam salji yang membeku

Dikau masih bertaman dipelihara dengan dana membantu

Tatkala yang bernegara terusir menjadi musafir kerana tidak diperlu.


Apakah watak mu

Bila hanya membisu.

Menolehkah Ke Peraduan Tulang Temulang?


Siapakah yang menyolekkan paras rupa mu

        Bila keperangan rerambut mu menandakan usia mu

Sudah menolehkah ke peraduan mu 

        Yang bakal menyimpan tulang temulang mu

Dan membuatkan daku berasa sayu

         Bila sesama kita tidak mampu saling membantu.

Model-Model Ku 1


Model-model yang tidak pernah mengeluh

Tidak pula pernah menuntut

Tatkala pawagam dan studio televisyen serta website

Menawar tinggi sara pendapatan.

Model-model ku tidak pernah mengeluh

Tatkala daku yang kehampaan.

Modal?


Modal diperoleh hasil dari pekerjaan

Hilangkah modal bila tiada tujuan?

Tatkala wujud kesempatan

Membina daerah para pelarian...


Rakaman Kemiskinan Di Sempadan


Tatkala rakaman kemiskinan menjadi kehinaan siapakah yang sedia mengagihkan kekayaan untuk mendapat kemuliaan Tuhannya?