Sabtu, 28 April 2012

Penulis Tanpa Buku

Dokumen


Wajah tidak akan bertukar walau diubah nama.




Catatan pada 18 hb September 2011 di fotolog.com


Benarkah senjata tiada bisa, bisa lagi bicara manusia?

Namun telinga lebih berdaya berbanding mata ...

Mengapa?

Kata budiman yang arif lebih utama nama yang baik berbanding kekayaan yang melimpah ruah namun digunakan untuk menjadikan orang lain melalui kesukaran kehidupannya. 

Salah yang bagaimana bila tidak suka terkait dengan individu yang tidak dikenali kerana thanaif@ tejathanaif adalah wanita melayu muslim yang telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak yang berusia di antara 22,20,17 dan 13 tahun.

Mengapa?

Tatkala salah satu blog peribadi ku di blogspot.com telah dihilangkan paparan wajahnya oleh Blogger menerusi Google Chrome sewaktu di dalam proses menukar gambar.

Ia satu tragedi kepada minda ku kerana setelah lebih enam tahun melatih diri menjadi penulis di siber dengan keyakinan diri sendiri yang didorong oleh diri sendiri dengan kemahuan diri sendiri tt berjaya menjadi penulis siber walau pun tidak berjaya menjadi penulis yang memiliki buku untuk diterima sebagai seorang penulis.

Ia satu tragedi kerana idea sentiasa didakwa sebagai sesuatu yang tidak memiliki hak cipta namun bagaimanakah sebuah blog dan laman-laman siber serta album online yang mahu dijadikan sebagai pusat mengkreatifkan kemahiran minat dan bakat dinafikan sebagai sebuah karya yang mempunya hak cipta untuk dilindungi oleh undang-undang?

Ia satu tragedi apabila paksaan itu adalah sebahagian dari penyerlahan jiwa penghambaan yang masih dibelenggu oleh trauma memiliki nasab hamba yang tidak dapat diusir oleh entiti yang disusun oleh jurai keturunan hamba.

Bersabarlah.







Jumaat, 6 April 2012

Peraduan Di Kamar Angkasa



Mata Hari Atau Mata Hati

Puan Helen Keller bersetuju kita tidak upaya melihat bebayang apabila terlalu memandang suria.



Khamis, 5 April 2012

Hujan

Kita tidak menghargai air sehinggalah saat telaga menjadi kering tanah merekah dan dahaga itu membuatkan kita gundah.


Bolehkah membaca lantang guruh saat hujan turun panah berkilauan membuatkan mergastua berasa gerun?

Siapakah yang meminta agar hujan jangan turun tatkala ada yang berhajat agar hujan tiba?

Benarkah langit mempunyai bangunannya?

Tatkala bumi berhamparan.

Adakah jiwa mu yang masih kekal tiada penyempurnaannya,

Tatkala Sistem Kedudukan Global menyelinap menyusuri merentasi menerokai sehingga menjejaki di peta untuk memenjarakan mu...


Catatan  thanaif On 20/08/2011 di fotolog.com

 Hujan - di rumah emak di Jalan Balai Dakwah Jeram

Merdukah Suara Mu?

Kambing yang muncul tiba-tiba di atas bukit di Oman




                                                                                                                                                                                                                    
Merdukah suara mu?


Hingga temali turut berdendang...


Merdukah yang hilang saat yang terhidu hanyalah hamis?


Ataukah gegendang kami yang semakin lali

Oleh merdu mu yang hanya buat berjual beli

Sedang bebulu mu hanya menjadi hamparan kaki...


On August 13 2011 dari fotolog.com

Rabu, 4 April 2012

Catatan Bergambar Dari Fotolog

Kera di rumah emak di Jalan Balai Dakwah Jeram

Sang Kera dan Sang Beruk 


Siapa di antara kita yang suka berebut?

Pertanyaan ini dibisikkan perlahan di cuping telinga ku.

Sang Kera juga mahu berujar tanya?

Diamnya meluah rasa.

Antara haiwan dan manusia siapakah yang bersifat perebut?



Yang berebut itu ialah haiwan Sang Beruk, kerana sememangnya haiwan tidak berperadaban tidak bertamadun tidak berperundangan ...

Jentiknya pada hawa seleranya ditentukan nafsu

Penglipurnya sama seperti perumpamaan monyet yang mendapat bunga adakah monyet itu tahu faedah bunga?

Atau bak moncong penuh dek air perut berisi batu?

Menjadi bisu dek kerana berhutang budi?


Catatan pada 18 hb September 2011 di fotolog.com