Bicara Mata Rakaman Kanta Sentuhan Minda Azimat Jiwa
Jumaat, 27 Disember 2013
Keluarga Asas Kemuliaan
Gambar dirakamkan pada 18/12/13 |
Keluarga adalah khalayak yang diberikan ketenteraman bagi memperolehi sakinah.
Tidak hadir kesombongan di kalangan ahli keluarga.
Tidak mungkin ibu dipandang rendah oleh bapa.
Tidak mungkin bapa dikeji oleh ibu.
Dan tidak mungkin anak-anak membenci kepada ke dua ibu dan bapa.
Usahlah Sehingga Peluh Hilang Sehingga Yang Menanti Pergi
Berikanlah zakatnya pada hari memetiknya.
Musim-musim dengan tepat tibanya
Meluruh setelah membunga
Berhangat sesudah menggigil dek dingin sejuknya
Tradisi rasul dan para nabi
Kini direformasi
Untuk akhirat yang kekal menanti.
Pohon Yang Menjulang Tinggi
Dan pohon khorma yang menjulang tinggi, baginya ada mayang yang bersusun-susun.
Setelah mengetahui musim-musim kering yang panas dan musim-musim lembab yang subur
Mengapa masih beza benua lokasi dan suhu dtidak dibaca tiba ruginya setelah laba dikira?
Asset Yang Hilang
Bangunan asset ......
Kesihatan asset ......
Nyawa asset ......
Royalti asset ......
Intelek asset ........
Internet asset .......
Semua boleh diinsurankan
Walau menanggung gantian kerugian
Dengan jaminan
Intensiti walau ada yang menahan emosi.
Ku Lihat Pehamu Anakku
Ahmad Muttaqin dalam 'Run For Reason' |
Ku lihat pehamu anakku
Daku tidak setuju
Membantah dengan suara bisu.
Ku lihat pehamu anakku
'Keadaan yang memaksa wahai ibuku'
Ku dengar batinmu berujar pilu.
Ku lihat pehamu anakku
Walau dikau anak lelaki
Keadaan memaksa luahan yang ngeri.
Aurat anak lelaki dan anak perempuan
Tidakkah termasuk di dalam pendidikan?
Yalla Ukhtie - Yalla
Ya Ukhtie,
Sir Winston Churchill berujar manusia fanatik dan ekstrim disebabkan oleh fikiran yang jumud
Tidak sedia menyelesaikan pokok masalah kerana tidak mahu terubah.
Ayuh kita beri bukti
Kita tidak ekstrim bukan fanatik kerana berjubah
Solehah kita ibadat pada setiap tingkah zahir batin dengan maksud
Inilah pakaian mengikut syariah
Tidak kita ubah tidak kita bantah
Bila menutup aurat itu cernaan akidah.
Kaki Unta
Kaki unta?
Bagaikan kaki unta berleher panjang bukan bertangan panjang bak galah
Berleher panjang kerana menurut perintah
Bertangan panjang kerana gemar mencuri memunggah
Tanpa rasa bersalah.
Rabu, 6 November 2013
ا لحمدلله الله
i Muharram 1435 |
Memanjangkan usia kami untuk melihat jauh detik hijrah Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam lebih 1434 tahun yang lalu.
Bernafas sehingga tahun 1435 hijrah ini menjadikan kami sebagai saksi kebenaran risalah Rasullullah Kekasih ummah telah disempurnakan dan disampaikan oleh baginda sehingga ummat yang tidak melihat Rasulullah upaya menikmati kemanisan iman ummat yang melihat baginda.
Menjadi saksi untuk menegaskan Al-Quran tidak berubah dan masih menjadi wahyu yang sama semenjak ia diturunkan oleh Ilahi kepada Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassallam.
ا لحمدلله الله
Jumaat, 11 Oktober 2013
Hari Raya Qurban
Berniaga dengan Mu diujarkan tiada kelihatan laba
Berjual beli dengan Mu didakwa tiada terbit selesa
Berurusan dengan Mu disangka usaha yang sia-sia
Tatkala...
Prinsip asas ekonomi adalah mentaati Mu
Baitullah Hak Mutlak yang tidak diperibadikan
Sehingga kiamat :
"dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan ibadat haji nescaya mereka akan bertamu ke rumah Allah dengan berjalan kaki, menungang berjenis unta yang kurus yang tibanya dari ceruk rantau yang jauh?"
Sehingga kiamat hamba-hamba yang muslim akan menziarahi 'rumah' Mu walau apa pun yang diniatkan ke atas mereka.
Eid Al-Adha
Menunggu Rindu
Pusara aruah abah di Simpang Lima, Klang, Selangor. |
Pusara uwanku di Lipat Kajang, Klang, Selangor. |
Walau lama selama tiga puluh hari bercuti,
Masih tidak sempat pusara mu ku ziarahi,
Begitukah suruhan Ilahi?
Bahawa anak perempuan itu hanya wajib pada suami dipatuhi?
Atau sukarkah membaca mata naluri dan emosi
Bahawa anakanda sangat gembira jika dapat membaca Al-Fatehah dan Ayatul Kursi
Di depan pusara mu walau pun hanya dengan berdiri.
Siapakah yang bertamu menziarahi mu wahai nenekandaku?
Sayu rawan hati mu sudah tidak lagi perlu
Pabila tiada lagi hijab yang mendinding ruh mu
Rindu mu berbeza dengan rindu ku
Cucunda mu masih menanti dan menunggu
Tatkala dikau telah 'menyaksi' kebenaran tanpa 'nafsu'
Barzah adalah alam yang membuatkan kita membisu.
Khamis, 26 September 2013
Kroni Syurga Tiada Yang Istimewa
![]() |
Pernikahan Ahmad Muttaqin dengan Nor Aishah berlansung pada 10 Syawwal 1436 bersamaan 26 Julai 2015 |
Ya Rasullullah sallallah hu alaihiwassallam menantu mu mendapat firdaus di syurga dan dunia,
Bernikah dengan Fatimah binti Muhammad sallallah hu alaihiwassallam, pemimpin wanita di syurga,
Berputrakan Al-Hassan dan Al-Hussin pemimpin orang muda di syurga walau dikhianati di dunia,
Bermertuakan pemimpin ummat di akhirat setelah dinafikan di dunia,
Ingin juga kami memiliki kelebihan mu bukan 'keistimewaan' yang tidak memelihara dan terpeliharanya dosa.
Hutang Kroni Kerana Murah Hati?
Pernikahan anakku Ahmad Muttaqin dengan Nur Aishah berlansung walimahnya pada 17 Syawwal 1436 bersamaan 2 Ogos 2015 di Kuala Lumpur, Malaysia. |
Memberi hadiah itu tanda pemurah hati?
Memberi konsesi tanda berkroni?
Tatkala Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam sedia menanggung hutang dek tiada harta untuk diberi.
Isnin, 8 Julai 2013
Marhaban Ramadhan 1434
Menyatu akidah berpadu fitrah bersatu kiblat menuju akhirat
Di manakah kita selepas kematian?
(Ramadhan ke 8 di Qatar)
Sujud-Sujud Ahli Ramadhan
Sujud ahli Ramadhan membuat para bidadari menanti dengan kerinduan
Ahhhh muslimah ahli Ramadhan sudah berasa cemburu keimanan
Dek saf sayap ribuan malaikat pemberi sakinah ketenangan.
Nurani Ramadhan
Musyawarah sabda Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam memberi untung kepada mereka yang suka bermesyuarat
Tidak mengabaikan dan tidak pula diabaikan
Tiada yang diluka dan tiada pula sang peluka
Tatkala matlamat mesyuarat bagi menghindari diktator yang tidak cermat
Dalam santun berdiplomasi dibelenggu rantai paksaan
Sehingga ada yang diamnya dalam duka.
Lantas barakah Ramadhan menyatukan ummat pada siapa menjadi amanat?
Marhaban Ramadhan
Menjelang Ramadhan menerbit diri
Teringat pada Bukit Tursina yang merendah hati
Berendah diri untuk Nabi Musa (as) menjejakkan kaki
Tatkala kesemua bukit merekah dan meninggikan diri...
Enggan menyudi untuk seorang nabi...
Antara Rejab dan Syakban tidak wujud ego diri
Saling meminggir berulang gilir
Tawadhuk qanaah rahmat Ramadhan kekal memanggil
Kerana aib malu pada Al-Aliyu Al-Kabir.
Isnin, 24 Jun 2013
Masjid Di Atas Dunia
Tercernakah sifat batin tatkala kaki melangkah ke dalam masjid?
Atau tatkala di dalam masjid dunia masih menjadi 'khatib'?
Sabtu, 1 Jun 2013
Allah Saksi Kita Di Mana Villa 6-BeverleyHillsGarden11-AbuHamur-Doha-Qatar
Duduk dari kiri AhmadMustaqim, Lelawati (emak), Harith (abah) dan AhmadMuttaqin. Duduk di depan dari kiri SitiHanan dan AhmadHilman |
Keluarga itu didekatkan oleh kasih sayang
Apakah harus keruh di air yang sudah jernih?
Tatkala tiada saling mempercayai robohlah tiang
Duka yang mana telah berbenih
Bila tidak takutkan Allah menjadi slogan?
Jumaat, 17 Mei 2013
Memahami Siapa?
Bagaimanakah tatkala berduka kita kehilangan rumah laman sukacita...
Dan masih tatkala aman yang tenang kita kehilangan rumah tangga?
Benarkah orang yang sengsara adalah orang yang banyak diam?
Dan orang yang bahagia orang yang banyak berkata-kata?
Lantas
Wartawarna dan para wartawan wartawatinya hanya menyimpul dendam?
Bilamana yang derita itu tidak ingin bicara dan yang gembira itu sering tertawa.
Suria Yang Suram Di Pagi 6/5/13
Suria tidak bersinar setelah tenggelamnya 5 May 2013 |
Naluri duduknya di sanubari?
Naluri kekalnya di hati?
Naluri di fajar 6 Mei ...
Suria mu tidak bercahaya
Suramnya mengusik rasa
Seakan redup mengenang syugul yang terwarna
Setelah selesai negara berpilihanraya.
Naluri sekadar rasa?
Bicara sepi tanpa rahsia
Naluri maknanya kepuasan jiwa
Yang Allah tanamkan di dalam hati kita.
Sabtu, 16 Februari 2013
Tatkala Rohani,Emosi Dan Intelek Ku Sihat
Kilat dari pemancar zarah-zarah beta
Upayakah menikam zarah protozoa atau cacing pita?
Atau membunuh uraian molekul bergugusan
'Scabies, lice' sebagai kiasan.
Adakah mikro organisme nan efektif upaya disaring?
Sebelum ia menyejat mineral oksida
Yang menanti dakap sinar infra merah diiring
Tatkala puluhan ribuan volts dan kuasa
Menanti daya si eletro bermagnet. dengan ghairah ..
Subsidi bahan api menguntungkan siapakah?
Rabu, 2 Januari 2013
Fitnah Itu Membunuh
Lafaz nikah untuk ijab dan qabul anak sulongku kali pertama dilansungkan bagi memenuhi hasrat keluarga kedua belah pihak. |
Lafaz ijab dan qabul kali kedua adalah prosedur bagi melunasi undang-undang yang bertujuan agar pasangan dilindungi oleh undang-undang. |
Tatkala seorang lelaki itu menjadi malas berfikir untuk dirinya sendiri dia dianjurkan supaya berkahwin... bila dia tidak mampu dianjurkannya supaya berpuasa agar dia tidak berhutang...
Menolak Fitnah
Allahumma shalli 'alaa Muhammad,Allahhumma syalli 'ala wa maulana Muhammad, Allahumma shalli 'alaa wa habibinaa wa shafi'ina wazkhrinaa, wa maulana Muhammad (sallallah hu alaihiwassalam) |
Ujar para budiman andai mahu fitnah diwujudkan ia tidak memerlukan wang, moral, pengetahuan atau kekuatan ...
Fitrah siapakah yang suka memfitnah?
Blog saya tidak ada perkaitan dengan individu atau komuniti dari keturunan bangsa-bangsa atau keluarga lain.
Langgan:
Catatan (Atom)