Bicara Mata Rakaman Kanta Sentuhan Minda Azimat Jiwa
Sabtu, 31 Mei 2014
Asal Usul
Asal usulku orang biasa-biasa
Bukan bangsawan masih belum ada berdarjat pingat kebesaran
Piut lelakiku sebelah ibu bernama Kail bertemu jodoh dengan Norio dikurnia anak seramai dua belas orang
Salleh, Samah, Sawang, Mahmud, Sulit, Ibrahim, Mat Akhir, Ma'asin, Tiawa, Doyok, Jamaiah dan Tiawang,
Datuk lelaki sebelah ibuku dinamakan Sulit bernikah dengan Bai'yah wanita kampong
Asal usulku orang kampong miskin yang masih belum bercantum dengan darah mana-mana peranakan.
Asal usulku berdudukkan pada adat perpatih bila merujuk pada nasab emak
Yang bermula kampung lamannya di Guntur, Tengkek, Kota, Majau, Tapak, Koru, Jerejak, Padang Lebar, Kampung Terentang hingga ke Padang Lebar
Hutan rimba belantara merimbunkan kasih sayang kerabat yang bijaknya tidak menggadai tanah teroka nenek moyang dek ia tanah adat hasil lelah kudrat
Keluarga tidak berpecah walau tanah bergeran sempadannya berbagi bahagian
Walau miskin pesan moyang emak abah, bila bertanah rumah dapat dibina hidup tidak melarat walau tidak terpandang itulah kemanisan muafakat.
Akhlak Dan Budi Bahasa
![]() |
Pakaian seragam/uniform murid-murid sekolah rendah kebangsaan di Malaysia. |
Pakaian seragam di sekolah sesungguhnya usaha awal mentaati Allah
Bila ada kesopanan dalam makanan dan minuman kerana halal haramnya
Sehingga tubuh dan jasad itu miliki rasa malu
Setelah mengenali adab bersuci mengenali najis dan pandai berwudhuk.
Cikgu
Belajar tidak hanya di sekolah, cikgu.
Belajar proses seumur hidup, cikgu.
Gajet hanya alat bantu induksi, cikgu.
Bila jemu tiba lesu menanti resah mengguris minda, cikgu.
Tatkala hati dan akal bertanda buatan Allah
Kemalapan nur membuatkan panca indera menjadi bisu...
Niat Itu Ibadah
Sekolah Cermin Peribadi Diri, Bangsa Atau Negara Bagi Yang Beragama?
Sekolah menjadi cermin peribadi setiap diri
Letih menelaah tidak rugi bila akhirat menanti setiap saat
Bila asuh didik lakon main cerita periksa tanpa paksa
Menjadi sifat yang mulia oleh innamal 'ama lu bil niaat.
Jumaat, 9 Mei 2014
Bahasa Cahaya Minda
Sesudah enam hari baru diketahui pemergian Cik Puan
Banyak nasihat yang dapat diteladani
Kepada Allah dipohon agar jasa Cik Puan mendapat keberkatan.
------------------------------------------------------------------------------------------
Rakaman gambar 2008 di Port Dickson |
Apa guna malu-malu kucing?
Meow-meow di belakang suara yang nyaring.
Jangan suka malu-malu kucing
Sudah menerkam sebelum berunding.
Aksi kucing membikin perselisihan
Salah-salah dari kawan jadi lawan.
Salah faham kerana malu-malu kucing
Urusan kecil bisa jadi meruncing.
Antara Tepi Kain Dengan Tepi Sembat Manakah Yang Lebih Dekat?
Tidak menjadi siangkah bila ayam tidak berkokok?
Mendapat untungkah bila sedepa jalan ke muka
Setelempang jalan ke belakang
Hingga para pelarian beroleh tenang
Para pemerhati dukanya tak hilang?
Orang Karam Di Laut Kitakah Yang Karam Di Darat?
Luka di telinga nampak berdarah
Dek ingkar taat patuh dan perintah
Luka di hati siapa yang tahu?
Dek sabar kerana Allah.
Benci Dan Kasih Kerana Allah
Siapakah yang kita lihat ketika bercermin?
Tatkala haiwan tidak berhasrat menjadi manusia
Apakah manusia ingin menjadi sebaliknya?
Siapakah yang kita lihat ketika bercermin?
Bila Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bersabda
Pilihlah teman bila berkawan kerana kita dikenali atas agama rakan kita.
Langgan:
Catatan (Atom)