Bicara Mata Rakaman Kanta Sentuhan Minda Azimat Jiwa
Ahad, 6 Mac 2016
Marah Yang Sering Bersebab
Apakah yang telah dikau lakukan sehingga terbetik khabar tentang 'tauhid tiga'?
Tegar siapakah yang telah menaburkan racun hingga 'tauhid tiga' memijarkan darah di dalam hati?
Beginikah jadinya bila Rukun Iman dan Rukun Islam diilmiahkan oleh penghayatan minda?
Perlukah diqiaskan apabila terang dan sahih dalilnya tentang beriman kepada Allah dengan keterangan tauhid rubbubiah, tauhid uluhiyyah dan tauhid Al-Asma' Wa Al-Sifat??????????
Apabila Guruku Bukan Mualaf.
| Apabila kita muslim sejak lahir hasil pernikahan emak dan abah, ia adalah ibadah kedua emak dan abah. |
Apabila kita diikat dengan syahadah yang ditiupkan oleh malaikat di dalam perut ibu,
Kalimah bahasa apakah yang menjadi muqaddimah yang memenuhi perut ibumu?
Lantas kerana itu usah dilupa pesan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam yang diriwayatkan oleh Ath -Thabarani bahawa
" Bacalah Al-Quran serta menangislah. Andai kamu tidak mampu menangis, maka berpura-puralah yang kamu menangis."
Apabila Kita Bukan Mualaf
| Hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus yakni Islam. |
Kerana kita menjadi pilihan untuk berfitrahkan akidah kerana pentauhidan kepada Allah Yang Maha Esa,
Berbanggalah apabila dilahiran oleh ke ibu bapa yang muslim,
Kerana taharah menjadikan kita bersih dan suci oleh ijab qabul, kerana ada zauj, ada zaujah dan ada wali serta saksi setelah bersedia memberikan mas kahwin kerana rela.
Apabila Keimananku Bukan Diajar Oleh Mualaf.
| Bersyukurkah bila dilahirkan sebagai seorang muslimah? |
Apabila dilahirkan sebagai seorang muslimah,
Tersedarkah iman itu diperteguhkan sewaktu di alam janin oleh fitrah?
Kerana janji kalimah syahadah itu tidak menjadikan kita majusi, tidak menjadikan kita nasrani, lalu apakah lagi yang masih mahu disanggah?
Erti Dilahirkan Sebagai Muslim
Sabtu, 12 Disember 2015
Agar Tiada Bersakit Hati
| Rakaman Hanan Harith - Oman - 20/7/2011 |
Berjanjilah untuk tidak mengundang bahang perbuatan derhaka ke tanah air mu
Berusahalah menjauhi tanah permai mu dari pelaku-pelaku durjana
Bila dosa-dosa itu bagi menjauhi seksa kemurkaan Ar-Rabb mu
Kerana ada di antara pembuat dosa itu akan menjadi sumber bahan api di dalam neraka.
Usahlah Sering Meminta-Minta
| Oman - 20/7/2011 |
Namun mengapakah yang dikau ingin adalah untuk hampir pada negara kuasa yang jauh?
Yang sering mencetus kejutan laluan gelombang pada kerak bumi yang mencair
Oleh ujian letupan nuklear yang tidak dihidu oleh satelite di angkasa
Kerana apa tanah-tanah yang hanyut kini ingin dikecuh riuh?
Apabila : Katakanlah apakah aku akan mengambil pelindung selain Allah yang menjaadikan langit dan bumi, pada hal Ar-Rabb mampu memberi makan dan tidak pula diberi makan?
Pesanku Usahlah Meminta-Minta Untuk Dikasihani
| Oman - 20/Julai/2011 |
Walau tiupannya panas atau sejuk
Walau tanahmu kering berada tinggi di perbukitan
Tidakkah Ar-Rabb itu zat yang menurunkan air dari langit, buatmu?
Angin dan air erat berpadu walau tiada dapat dihidu namun ia membentuk, buatmu?
Lalu nikmat Ar-Rabbmu yang manakah yang dikau dustakan?
Pesanku Usahlah Meminta-Minta
| Oman - 20/7/2011 |
Banyak menegaskan tentang etika muslim
Berusaha dan bekerja walau membawa tali seikat kayu
Lebih baik dari meminta-minta meski ada yang menolak untuk memberi ada yang sudi mengirim.
Tiada perkebunan tiada perladangan bermakna tiada tanaman
Namun ada khurma ada bijian ada takungan air hujan
Di bumi Oman.
Gurun Atau Gerun?
Ahad, 25 Oktober 2015
Keturunan Menurut Agama
Bagaimanakah Menimbang Seimbang?
Isnin, 21 September 2015
Pada Pernikahan Itu Ada Pendapatan
Tatkala kehendak kekal hasrat bergunung..
Tatkala pesanan iman jauh ke hadapan untuk direnung..
Siapakah yang menjadi bingung?
Bila ditegah menukar perak dengan emas secara hutang demi untung.
Jumaat, 26 Jun 2015
Perbezaan Yang Wajar Dihormati
Apabila Bukan Semua Perkara Wajar Dikongsikan Bila Tiada Kebersamaan
Marhaban Ramadhan 1436 / 2015
Isnin, 1 Jun 2015
Al-Ghaim
Hati Quran letaknya di mana?
Saat ditegah berlaku bidaah
Rohku kini sangat merindu
Pada rima-rima surah Yaasin
Taffakur malam pertengahan syakban dalam menanti kemuliaan Al-Qadar
Izinkan ku Ya Rabb untuk merintih pada saat terbenamnya mentari suriaMu.
Tatkala Kita Bukan Mualaf
Apakah yang sama antara manusia dengan baqarah dan ternakan?
Pakaian bumi dari jenis tumbuh-tumbuhan adalah makanan
Lalu sahutlah kerinduan pada pahlawan akhir zaman
Dengan mematikan gelungan cecacing dengan zaitun menjadi hirupan.
Berbahasakah Mata?
Tatkala kelian menghitung kalori kolesterol menolak gula masin yang bersih
Lanjut usia doa yang sahih?
Ketika coklat ku kemam manis ditolak kerana 'madunya'
Sihat didamba wajar kerana niat untuk sujud mencecah dahi bila lanjut usia.
Langgan:
Catatan (Atom)
