Sabtu, 9 Ogos 2014

Kampung Nun Jauh Di Mato


Maaf zahir dan batin

Walau jauh masih dikenang persaudaraan

Buat saudara handai taulan di Selangor, Negeri Sembilan, Singapura  mahupun di Johor Darul Takzim.


Ramadhan 1435




Solat lima kali sehari semalam

Solat sunat menyusun adab dan memperelokkan pekerti

Al-Qadar tetamu istimewa bertemu janji hanya di waktu malam

Apakah telah ditemui untuk dilapangkan dada hati dan emosi?


Jumaat, 1 Ogos 2014

Do Not Manipulate Mr Rights On My Intellectual Property

thanaif pen name owner is not an umno member even she is a malay muslim Malaysian  citizen.

She does not have any connection with  PERKASA group.

She now staying at Qatar and be manipulate by unknown community that by force try to relate all her rights and belonging as cyber blogger to an illegal access.


Isnin, 14 Julai 2014

Fajar Sejurus Malam Nuzul Quran


Bulan dan suria adalah sahabat yang tunduk tawadhuk kepada PenciptaNya


Membaca sejarah yang tak akan berakhir 

Bila peristiwa Nuzul Al-Quran disambut meriah oleh alam sejak fajar 17 Ramadhan 1435

Setelah 16 Ramadhan berakhir..

        

Bila Iman Dijadikan Marathon, Ramadhan Tetap Memberkat

Siapakah yang meyakjuj dan memakjujkan nama penaku tejathanaif?

Perempuan-perempuan di bulan bulan Ramadhan

Serupakah kelian selepas pemergian Ramadhan?

Setelah kesilapan buku 'Manu' menerangkan:

"Manusia hilang kehormatan kerana perempuan, sumber permusuhan ialah perempuan kerana perempuan selalu memikirkan kesyahwatan, sering bermurung oleh kemarahan, menebarkan kepalsuan sehingga hilang kejujuran?"


Selasa, 17 Jun 2014

Memangku Barakah Ramadhan


Rembulan di mata siapa ia berbeza?

        Tatkala dikau masih percaya  rezeqi diturunkan dari langit.

                  Namun bagaimanakah demi wang kesemua kita menyamakan agama?

                              Pada ketika akidahku dikatakan kemunduran yang membawa penyakit? 

Sabtu, 31 Mei 2014

Asal Usul



Asal usulku orang biasa-biasa

Bukan bangsawan masih belum ada berdarjat pingat kebesaran

Piut lelakiku sebelah ibu bernama Kail bertemu jodoh dengan Norio dikurnia anak seramai dua belas orang

Salleh, Samah, Sawang, Mahmud, Sulit, Ibrahim, Mat Akhir, Ma'asin, Tiawa, Doyok, Jamaiah dan Tiawang,

Datuk lelaki sebelah ibuku  dinamakan Sulit bernikah dengan Bai'yah wanita kampong

Asal usulku orang kampong miskin yang  masih belum bercantum dengan darah mana-mana peranakan.


Asal usulku berdudukkan pada adat perpatih bila merujuk pada nasab emak

Yang bermula kampung lamannya di Guntur, Tengkek, Kota, Majau, Tapak, Koru, Jerejak, Padang Lebar, Kampung Terentang hingga ke Padang Lebar

Hutan rimba belantara merimbunkan kasih sayang kerabat yang bijaknya tidak menggadai tanah teroka nenek moyang dek ia tanah adat hasil lelah kudrat  

Keluarga tidak berpecah walau tanah bergeran sempadannya berbagi bahagian

Walau miskin pesan moyang emak abah, bila bertanah rumah dapat dibina hidup tidak melarat walau tidak terpandang itulah kemanisan muafakat.