 |
Rakaman-rakaman anak gadisku Hanan Harith. |
Rakaman Nikon D90 dari taman kecil di rumah kami
Apabila Siti
Hanan tersenyum …
Rasa bahagia
menjalar jauh ke sanubari
Sanubariku
dan sanubarimu tiada pemisah dan tiada tembok halangan
Meski empat
musim dikau terpinggir sendiri membiar masa berlalu lari
Ibu mu masih
sedia setia di sisi
Meski gundah
rasa dan resah gelisah jiwa hanya kita yang menjiwai iramanya
Ia bukan
rundungan malang yang mengurai ikatan kasih kita anakku.
Apabila Siti
Hanan tersenyum …
Ria suka
menusuk dalam ke jantung hati
Hatiku dan
hatimu menjahit robek jiwa sukma yang lama bernestapa
Lara luka
menitis di mata tidak tampak sebagai tanda duka itu sengsara
Getirku
sukar dibaca luluhku tidak tersua sunyi sepi mengusirkan diri
Biar remuk
dek nista hina kerana darjat masih diambil kira tiada jaya hidup tak sempurna
Ia kita
lambai menyambut hangat dakap erat Kasih A-Rabb dek lamaran pada sabar jiwa raga.
Apabila Siti
Hanan tersenyum …
Tiada ada
undangan buat petualang andai mahunya adalah tukaran atas tawaran rasa
Tidak akan
ada keruh yang terbit sesudah jernih membuka laluan rasa
Tiada daya
yang menebalkan resah bila titip sesal itu cuma anjuran rasa
Miskin harta
kita tidak miskin kudrat masih berupaya tenaga dek kaya rasa
Kuaklah
kegelutan terluka saat sebelum jiwa bertemu ajal sebelum lumpuh indera berasa.