Sabtu, 3 Disember 2011

'Duta' Atau "Buta'?

Siapa 'duta' mu?

Saat daku tidak buta

Siapa 'duta mu?

Tatkala ramai yang berbuat jasa.


Saya tidak dapat mengesahkan kisah ini sahih atau hanya kisah sahabat-sahabat yang soleh.

Mengenai Ibnu Asakir yang bertanya rakannya Imam Abu Bakar As-Syibli tentang Penciptanya.


Apakah yang disuruh oleh Tuhan mu?
Imam Abu Bakar  As-Syibli menjawab Tuhannya menyuruhnya berdiri di sisiNya.


Bagaimanakah Tuhan mu mengampunkan dosamu?
Imam Abu Bakar As-Syibli  menjawab dengan amal soleh dan perbuatan baiknya.


Ibnu Asakir bertanya lagi bagaimanakah Tuhanmu mengampunkan dosamu?
Imam Abu Bakar As-Syibli menjawab dengan ikhlasnya beribadah.


Ibnu Asakir bertanya lagi bagaimanakah Tuhanmu mengampunkan dosamu?
Dengan haji, puasa serta solat juga dengan hijrahnya ke golongan solihin.


Ibnu Asakir bertanya lagi bagaimanakah Tuhanmu mengampunkan dosamu?
Dengan doa dan sangka baikku.


Imam Abu Bakar As-Syibli meminta Ibnu Asakir menjelaskannya.
Ujar Ibnu Asakir ingatkah dikau saat ketika sedang melalui lorong jalan di Kota Baghdad, dikau telah menemukan seekor kucing kecil yang lemah meringkuk kesejukkan di tepi tembuk menderita kerana cengkaman kesejukkan dinginnya salji?
Saat itu dikau pungut dia kerana dikau hiba melihatnya.
Dikau letakkannya di dalam begmu agar ia tidak kedinginan.


Ibnu Asakir membenarkan kata-kata rakannya.

Dengan sebab dikau menyayangi mereka yang lemah dan enggan dikau menganiaya ia Tuhanmu mengasihimu dan mengampuni dosamu.


Kehidupan wali dan kekasih Allah bilakah sedia mendapat teladan kita?




1 ulasan:

  1. Tomot ini milik keluarga kami yang ditemukan oleh anak lelaki di tepi jalan, dititipnya dibawa pulang.

    BalasPadam