Rabu, 28 Disember 2011

Microchip Juga Hamba?

Suara yang terang, jelas, dan tegas dari pembaca berita di TV Al-Jazeerah versi bahasa arab  ini menjadi alasan gambarnya dipaparkan di sini yang dirakamkan sewaktu beliau sedang membaca  berita di televisyen. (Jika ini menjadi kesalahan di dalam tempuh seminggu saya akan memadamkan gambar ini) - Gambar ini telah dikeluarkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk menyiarkannya. Pembacaberita ini bernama Cik Puan Khadijah bint Qanah.



Satelit sering mengirim pesan
Pesannya, pada gambar usah teruja
Pada rakaman usah berberahi nafsu
Pada adegan usah menjadi keliru
Pada bualan dialog usah merusuh jiwa
Semua itu jawatan yang bergaji bulanan.

Dari satelit terus diedar ke frekuensi menjadi temali
Kirimannya disambut oleh kanta tanpa lens
Microchip yang tertera merakam kiriman
Hingga duka melara oleh sengit saingan
Sehingga tercabar ‘mind make a sense?’
Kedu melayu dirinya berakhir menjadi kuli.

1 ulasan:

  1. Gambar ke tiga yang mempaparkan wajah wanita yang tidak dikenali ini adalah sebagai penghargaan saya dan anak gadis terhadap pembacaan beritanya yang sangat jelas, terang, tegas tanpa tersenyum ketika membacakan berita di kaca televisyen.
    Walaupun beliau seorang wanita yang berparas rupa jelita dia tidak membiarkan wajahnya untuk beraksi mesra dengan penonton televisyen.

    Sama juga penghargaan saya terhadap pembacaan berita salah seorang petugas di Qatar Broadcasting Corporation bernama Huda Waleed yang cara penyampaian bacaan beritanya sangat jelas, terang tetapi apabila wanita ini mengacarakan programnya sendiri, penghargaan itu hilang sedikit demi sedikit dari minda saya kerana seorang penyampai berita itu wajar mempunyai pembinaan sikap yang beretika apabila berita itu bukan laporan bualan kosong.

    Keadaan menjadi lebih buruk apabila wujud pembaca-pembaca berita lelaki dan wanita yang secara peribadinya tidak sesuai untuk membaca berita di radio kerana ketidak jelasan patah sebutannya.

    Radio adalah saluran yang mempekakan kesensetifan pendengaran untuk diabaikan begitu sahaja seperti mana paras rupa menjadi ukuran bagi petugas di kaca televisyen.

    Isunya sama apakah seorang penyampai berita di kaca televisyen perlu menampakkan pangkal dadanya dan apakah penyampai berita di radio perlu ertawakan oleh bacaan beritanya?

    Oleh kerana saya merakamkan gambar HH Emir dan wanita ini menggunakan kamera saya sendiri ia membawa makna ia adalah hak milik saya cuma ianya perlu dicatatkan sebagai ehsan dari Perbadanan Stesyen Televisyen Qatar.

    BalasPadam